Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Teluk Intan baru-baru sebagai kemenangan ultra-kiasu, menyebabkan pemerintah tidak boleh lega walaupun jumlah pengundi Cina meningkat.
Ridhuan berkata, apa yang lebih terserlah sepanjang tempoh berkempen itu ialah Umno terpalik keburukan.
"Semua insiden buruk yang berlaku ketika berkempen itu adalah Umno.
"Malangnya, masyarakat percaya," kata beliau dipetik dalam kolum di Sinar Harian hari ini.
Beliau juga mempertikaikan apabila Gerakan dan MCA masing-masing akan mendapat tempat dalam Kabinet walaupun prestasi buruk.
"Ultra-kiasu menang kerana berjaya mewakilkan dua wakilnya menjadi menteri Kabinet.
"Keberadaan dua menteri Kabinet Cina dianggap amat tinggi berbanding dengan bilangan kawasan Parlimen yang dimenangi begitu sedikit," katanya.
Ridhuan berkata, tindakan DAP meletak calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud juga menyebabkan ramai orang Melayu diperalatkan semasa PRK tersebut.
"Ultra menang memperalatkan Melayu yang memperlekeh dasar bangsa sendiri," katanya.
Beliau berkata, imej PAS sebagai sebuah parti Islam juga tercemar semasa pilihan raya tersebut apabila bertindak menyokong calon ultra-kiasu dan tidak memakai tudung.
"Ultra-kiasu menang dalam persaingannya dengan PAS.
"PAS hilang kredibiliti, prinsip dan maruah apabila mempertahankan calon ultra kiasu yang tidak berhijab dan secara terang menolak hudud," katanya.
Walaupun menang di Teluk Intan, Ridhuan berkata, Umno tidak boleh lega memandangkan jumlah pengundi Melayu yang menyokong mereka menurun.
"Umno perlu melakukan muhasabah dan kajian.
"Kenapa kalangan orang Melayu Islam begitu benci dengan Umno sedangkan sebelum ini mereka adalah orang kuat Umno?
"Perkara ini penting sebelum ultra-kiasu lebih bermaharajela memenangi hati Melayu," katanya.
Ridhuan mendakwa ultra-kiasu bijak berpolitik dan berjaya mengelirukan masyarakat.
"Ultra-kiasu bijak berpolitik.
"Soal mereka tidak percaya kepada calon Melayu tidak timbul. Ultra-kiasu tahu mana Melayu yang boleh undi, mana yang tidak," katanya.
Ridhuan juga menasihati BN agar berhati-hati dalam menunaikan janji pembangunan di Teluk Intan kerana tidak mustahil dalam pilihan raya selepas ini keputusan bertukar semula. – 9 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ultra-kiasu-menang-di-teluk-intan-umno-perlu-muhasabah-kata-ridhuan-tee#sthash.jwN5sRyf.dpuf

0 Komentar untuk "Ultra-kiasu menang di Teluk Intan, Umno perlu muhasabah, kata Ridhuan Tee "