KOTA BHARU - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan Pas dan hudud merupakan punca utama kekalahan parti itu ketika PRK Teluk Intan, hujung Mei lalu.
Menurutnya, kenyataan itu sebelum ini yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo juga didakwa diperbesarkan sesetengah pihak sehingga menyebabkan hudud diletakkan sebagai punca utama kekalahan.
“DAP tidak menyalahkan Pas, itu tidak benar. Gobind yang buat kenyataan itu, dan dalam kenyataannya yang sebenar turut menyatakan yang kita berterima kasih kepada Pas kerana sokongan dan usaha untuk PRK baru-baru ini.
“Gobind juga ada menyatakan hudud adalah antara salah satu isu (kekalahan), tapi beliau tidak mengatakan ia merupakan isu utama, tidak dinafikan ia merupakan isu besar di masa hadapan, tetapi ia bukanlah isu utama kekalahan kita.
"Oleh sebab itu kita mahu jelaskan di sini, malah melalui penjelasan kita hari ini, Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga terkejut kerana menyangka apa yang disiarkan dalam akhbar sebelum ini adalah benar,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya, semalam.
Pertemuan tersebut turut disertai calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud selain beberapa kepimpinan lain.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, DAP sedang menjalankan kajian bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan tersebut.
Dalam pada itu, Dyana menegaskan beliau masih lagi mempertahankan pendirian yang sama dengan partinya dalam isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Menurutnya, beliau mengakui sebagai umat Islam hukum tersebut tidak boleh ditolak namun dari segi pelaksanaannya, beliau masih lagi berpegang teguh dengan pendirian parti.
“Sebagaimana telah saya nyatakan sebelum ini, sebagai umat Islam, saya tidak boleh menolak hudud, tetapi saya punya pendirian adalah sama dengan parti,” katanya.

0 Komentar untuk "Kit Siang: Pas, hudud bukan punca kalah"