Jangan kelirukan umat Islam - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Jangan kelirukan umat Islam

SHAH ALAM - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) meminta pihak tertentu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengelirukan umat Islam terutama isu berkaitan halal dan haram.

Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zin Al-Ghari berkata,  tindakan tegas perlu diambil ke atas mana-mana individu yang mencetuskan kontroversi dan mengeluarkan fatwa songsang.

Menurutnya, fatwa songsang berkenaan boleh menjejaskan keharmonian umat Islam di negara ini.

“Kami kesal dengan penyebaran fatwa songsang daripada agamawan yang mendakwa gelatin babi halal digunakan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan lain.

“Fatwa ini amat bertentangan dengan dalil al-Quran dan ia dilihat sebagai usaha meliberalkan pemakanan halal dengan unsur yang jelas haram,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian, merujuk kepada kenyataan ulama terkenal Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi  yang mengatakan, bahan asalnya adalah babi tertakluk kepada hukum baharu iaitu halal setelah mengalami transformasi bahan atau perubahan zat.

Menurutnya, isu istihalah (transformasi) juga tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia adalah istilah feqah yang hanya digunakan dalam mazhab Hanafi.

“Walaupun  Imam Abu Hanafi bersetuju dengan unsur babi menjadi istihalah pada air, warna, bau dan rasa, ia hanya melibatkan unsur molekul yang sukar diasingkan daripada unsur halal dan dengan peratusan yang terlalu kecil.

“Bagaimanapun, ia dibantah Imam Abu Yusuf yang menyetujui pendapat jumhur bahawa unsur babi dalam semua keadaan tetap dikira haram kecuali dalam kes darurat,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-kelirukan-umat-islam-1.288628
0 Komentar untuk "Jangan kelirukan umat Islam"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI