KAPAR – Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Hannah Yeoh yang tetap membenarkan usul cadangan perlaksanaan hudud dibahaskan di persidangan harus dihormati oleh semua pihak.
Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, sifat keterbukaan yang ditunjukkan oleh Hannah menunjukkan bahawa beliau tidak berat sebelah.
“Penerimaan Speaker Selangor berkaitan dengan soal hudud harus dihormati oleh semua pihak, saya puji keputusan beliau,” katanya.
Hannah mempertahankan keputusannya membenarkan usul mengenai hudud yang dicadangkan oleh wakil rakyat Umno untuk dibentangkan pada persidangan yang akan bermula minggu depan.
Tegas Hannah, sebagai Speaker, beliau tidak boleh mengamalkan pendirian berpihak kepada mana-mana parti politik termasuk partinya sendiri iaitu DAP dan Pakatan Rakyat.
Namun begitu rakyat harus diingatkan supaya tidak termakan dengan sandiwara yang dilakonkan oleh Umno dan BN kerana mereka hanya berpura-pura untuk melaksanakan hukum hudud tersebut di negeri ini.
“Umno tu hanya acah-acah sahaja, mereka berpura-pura bahawa mereka adalah antara parti yang mempertahankan hukum Islam tapi sebenarnya mereka hanya mengambil langkah sedemkian untuk mendapatkan sokongan dan undi Melayu.
“Jika mereka betul-betul mahu laksanakan hukum hudud pasti mereka akan bawakan usul cadangan ini hingga ke peringkat Parlimen kerana cadangan perlaksanaan hudud ini perlu dikaji di Parlimen,” katanya lagi.
Oleh itu, masyarakat khususnya golongan Melayu dan Muslim diingatkan supaya tidak terpedaya dengan sandiwara Umno dan BN.

0 Komentar untuk "Hudud: PKR hormat keputusan Speaker Dun"