Sharnaaz pertahan diri - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Sharnaaz pertahan diri



"KALAU tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Saya sudah cuba bersabar, tapi saya manusia biasa yang ada batas kesabarannya," jelas aktor, Sharnaaz Ahmad berhubung pergaduhannya melibatkan pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Enggan mendedahkan punca sebenar pertelingkahan yang berlaku di antara dia dan Lisdawati, Sharnaaz bagaimanapun mengaku salah faham tersebut berlaku di set penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Ditebak mengenai kiriman SMS berbaur ugutan yang dihantarnya kepada Fauzi, Sharnaaz berkata, adalah tidak adil untuk orang lain menilai dirinya seorang sahaja hanya melalui satu SMS.

"Salah faham adalah sesuatu yang normal dan segala yang berlaku antara kami adalah satu salah faham. Isu ini terlalu kecil dan ia telah diperbesar-besarkan.

"Cuma tak adil jika ada yang menilai saya jahat hanya kerana satu SMS. Kalau tak cucukan dan jolokan, takkanlah saya nak kata sebegitu. Dia hanya tunjuk SMS dari saya, tapi saya juga simpan SMS dari dia (Fauzi)," katanya.

Sharnaaz berkata, dia ada cuba untuk bawa berbincang mengenai hal yang berlaku namun tidak berjaya.

Ditebak Zass adakah dia tidak risau dengan imejnya setelah beberapa kali namanya menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini kerana sikapnya, Sharnaaz berkata:

"Sejak dulu lagi, saya akui saya seorang yang panas baran. Tapi orang panas baran tak semestinya jahat.

"Tapi apa yang berlaku ini hanya dugaan kecil buat saya, ada dugaan lebih besar lagi yang pernah saya hadapi dan saya tidak risau dengan pandangan orang lain terhadap saya," ujarnya.

Fauzi menerusi laporan akhbar semalam mendedahkan, dia dan Lisdawati terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas Sharnaaz menghantar satu SMS berbaur ugutan terhadapnya.

Katanya, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.


Bukan cari kontroversi - Fauzi

Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi Zass menegaskan, keputusan dia dan isterinya untuk membuat laporan polis bukanlah kerana mahu mencari publisiti murahan atau kontroversi.

Sebaliknya dilakukan kerana mahu melindungi isterinya selepas aktres itu ditengking dan diserang Sharnaaz di lokasi penggambaran.

"Saya bukannya artis yang memerlukan kontroversi untuk dikenali. Saya dah berkecimpung dalam industri hampir 18 tahun dan saya tak perlukan kontroversi. Malah saya mahu lari dari kontroversi.

"Namun tindakan Sharnaaz menengking dan menyerang Lisda di lokasi agak keterlaluan, apatah lagi Lisda kini sedang mengandung. Laporan polis yang dibuat adalah bertujuan untuk melindungi diri dan memudahkan saya membawa Lisda menjalani
pemeriksaan kesihatan di hospital akibat tindakan Sharnaaz itu.

"Dan keputusan pemeriksaan memang sudah dijangka apabila doktor mengesahkan tekanan darah Lisda naik susulan kejadian itu. Sebagai suami dan bapa tentulah saya risau dengan keadaan isteri dan anak dalam kandungan tersebut," jelasnya.

Fauzi berkata, sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis, dia sudah cuba mendapatkan penjelasan Sharnaaz termasuk mengajaknya berjumpa.

Namun Sharnaaz seolah-olah mahu berjumpa untuk bertumbuk dan membuatkan dia membatalkan keputusan untuk berjumpa Sharnaaz.

"Saya bukan budak-budak lagi dan masih waras. Jadi saya ambil keputusan untuk maafkan sahaja tindakannya, tapi dia pula macam tak puas hati," katanya yang turut berpesan agar Sharnaaz tidak terus bersikap ego untuk kebaikannya pada masa akan datang

 http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sharnaaz-pertahan-diri-1.254335
0 Komentar untuk "Sharnaaz pertahan diri"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI