Azmin Doa Chew Hilang Deposit - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Azmin Doa Chew Hilang Deposit

KAJANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti besar berbanding PRU-13.

Malah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali meramalkan, parti itu akan menerima undi luar biasa daripada pengundi sebagai tanda sokongan kepada 'langkah Kajang' yang mereka.

"Kita mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah menang...menang bukan dengan majoriti biasa, tapi luar biasa.

"Malah kita doakan agar calon Barisan Nasional (BN) hilang wang deposit," katanya ketika berucap di majlis Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang di sini, Jumaat malam.

PRK Kajang menyaksikan Wan Azizah bertanding dalam saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Selain itu Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merayu agar pengundi DUN Kajang memberi kemenangan kepada PKR bagi mengekalkan penguasaan mereka di kerusi berkenaan.

"Kita letak calon yang hebat dan diuji. Kita mahu menyaksikan Kajang kekal sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat," katanya.

PRK Kajang diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas.
0 Komentar untuk "Azmin Doa Chew Hilang Deposit"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI