'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' Ungguli ASK 2013 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' Ungguli ASK 2013


Umie Aida dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Aku Bukan Malaikat.
SHAH ALAM: Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Mawar Putih Tanda Perpisahan diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini pada malam Jumaat.
Diterajui oleh pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Nad Zainal dan Ruminah Sidek, karya arahan Bade Azmi itu menewaskan drama lain seperti Aku Bukan Malaikat, Di Bawah Langit Mu, Neraka Abah dan Fatihah Untuk Abah.
Drama tersebut turut menggondol dua lagi anugerah iaitu Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik.
Bagi Pengarah Terbaik, Erma Fatima menewaskan suaminya menerusi arahan cemerlang dalam drama berjudul Aku Bukan Malaikat.
Manakala adik kepada Erma, aktres terkenal, Datin Umie Aida pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama tersebut dan aktor Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman) pula memenangi bagi kategori lelaki.
Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Sharnaaz Ahmad, Faizal Hussien, Nora Danish, Sharifah Amani dan Nad Zainal.
Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Hasnol Rahmat menerusi lakonan cemerlangnya dalam Tunggu Sekejap .
Manakala Izreen Azminda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon hebat lain seperti Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Liza Abdullah.
ASK 2013 turut menganugerahkan pelakon drama Kawan, Shasha Al Khred sebagai penerima Anugerah Artis Harapan Pantene.
Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Grand Brilliance berjudul KILarahan Nik Amir Mustapha yang dibintangi oleh Cristina Suzanne dan Redza Minhat.
Nik Amir turut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Filem dan anugerah Lakon Layar Terbaik Filem.
Lakonan berkesan Cristina dalam KIL telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.
Manakala Shaheizy Sam mengulangi sejarah apabila merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM.
Shaheizy sam menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM.
Pada ASK 2012, Sam memenangi kategori sama hasil lakonan mantapnya dalam filemSonglap.
Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dimenangi oleh Khir Rahman (Rock Oo) dan Miera Liyana ( Pecah).
Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.
ASK 2013 pada tahun ini mengangkat tema 'Kaca' dan siaran langsung itu dihoskan oleh Awal Ashaari, Nad Zainal dan Faizal Ismail.
Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.
Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Rahim.
Rohani turut menyampaikan dua anugerah ASK 2013 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Surat Dari Langit Biru dan Drama Terbaik.
Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, Wan Zaleha Radzi, Nubhan, Nora Danish, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Emma Maembong sebagai penyampai anugerah.
Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh penyanyi seperti Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Hafiz dan Adira.
Secara keseluruhan, ASK 2013 mempertandingkan sebanyak 30 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2013.
KATOGERI DRAMA
1. DRAMA TERBAIK
Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman
3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Datin Umie Aida - Aku Bukan Malaikat
4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap
5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA
Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku
6. PENGARAH DRAMA TERBAIK
Erma Fatima - Aku Bukan Malaikat
7. ARTIS HARAPAN PANTENE
Shasha Al Khred - Kawan
8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd
9. DRAMA KOMEDI TERBAIK
Mentua VS Menantu – Primeworks Studios
KATEGORI FILEM
10. FILEM TERBAIK
KIL – Grand Brilliance
11. PENGARAH TERBAIK FILEM
Nik Amir Mustapha - KIL
12. PELAKON WANITA TERBAIK
Cristina Suzanne - KIL
13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Shaheizy Sam - SAM
14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Miera Liyana – Pecah
15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Khir Rahma – Rock OO
KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK
Salam Muslim (ASTRO OASIS)
17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
Bella (Ntv7)
18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)
19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)
20. RANCANGAN REALITI TERBAIK
Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)
21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3

0 Komentar untuk "'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' Ungguli ASK 2013"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI