Kerusi Panas MLM 2013: Mamu, Zero dan Gerak Terpilih - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kerusi Panas MLM 2013: Mamu, Zero dan Gerak Terpilih

Kerusi Panas MLM 2013: Mamu, Zero dan Gerak Terpilih

SHAH ALAM, 9 NOV 2013: Teka-teki tentang kumpulan pelawak mana yang akan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) atas tiket kerusi panas terjawab malam tadi apabila kumpulan Mamu, Zero dan Gerak menjadi pilihan juri untuk menyertai 13 peserta lain dalam MLM 2013 tahun ini.

Ketiga-tiga mereka telah telah menewaskan lapan peserta lain yang turut bersaing merebut tempat tiga slot terakhir dalam MLM 2013. Pemilihan mereka adalah menerusi markah yang diberikan oleh barisan juri yang terdiri dari Datuk Aznil Hj Nawawi, Azwan Ali dan Dato` Hattan.

Lapan peserta yang tidak terpilih itu ialah Shake, Glory, Santan, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol dan Keross.
Terdahulu, sebanyak 13 peserta telah pun menempah tempat secara automatik ke gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.
Ini menjadikan sebanyak 16 peserta bakal bertanding merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 dan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Pertandingan kerusi panas MLM 2013 malam tadi telah berlangsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan seperti biasa, Dato` AC Mizal kekal sebagai hos program ini. MLM 2013 boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsiakan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD 134) serta aplikasi Astro On-The-Go.

Para peminat dan penonton program Maharaja Lawak Mega 2013 turut berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan menghantar video-video parodi bermula 22 November ini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.maharajalawakmega.com.my bermula 14 November ini!

http://www.murai.com.my/article/articleid/384931/kerusi-panas-mlm-2013-mamu-zero-dan-gerak-terpilih
0 Komentar untuk "Kerusi Panas MLM 2013: Mamu, Zero dan Gerak Terpilih"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI