PETALING JAYA, 1 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan
dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat
kepada kerajaan.
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang
berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan
mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang
Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.
"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja. "Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan." Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Okt ini. -- LAGI MAHATHIR-BR1M 2 (AKHIR)
PETALING JAYA Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.
Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas. "Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.
Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan. Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama. -- BERNAMA

0 Komentar untuk "BR1M TIDAK PERLU DITERUSKAN, KATA DR M"