Zain dan Che Ta Tetap kahwin Disember - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Zain dan Che Ta Tetap kahwin Disember

Tetap kahwin Disember

Sudah pastinya wanita ini penat untuk menjawab pelbagai soalan berhubung perancangan perkahwinannya dengan pelakon, Zain Saidin.

Selagi majlis akad nikah dan persandingan belum berlangsung, selama itulah pertanyaan berkaitan hari bahagia mereka akan kedengaran.
Dek ketiadaan tarikh sah yang bakal menyaksikan kedua-duanya bergelar suami isteri juga, wujud juga cakap-cakap nakal mengandaikan semua hanya sandiwara mereka.

Malah kedengaran juga dakwaan kononnya Rozita Che Wan dan Zain hanya berpura-pura mempunyai hubungan istimewa bagi menutup segala cerita kurang enak membabitkan wanita cantik itu sebelum ini, termasuk gosip mengaitkannya dengan lelaki berkedudukan.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta sendiri mengaku sudah pening menjawab soalan berbaur peribadi sedemikian. Namun pastinya, kata pelakon ini, dia dan Zain akan tetap diijabkabulkan Disember ini, di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Cuma masalahnya, mereka belum mempunyai tarikh yang pasti untuk majlis bersejarah itu diadakan. Jika ada sekali pun, ia hanyalah lima tarikh yang belum sah apabila masing-masing masih menunggu jawapan daripada dewan yang ditempah.

Beli hantaran di London Menurut Rozita, bukan mahu merahsiakan perkara yang baik, namun mereka sendiri masih mencari tarikh yang menyaksikan dewan tempat majlis berlangsung tidak diguna orang. Apabila tarikhnya sudah ditemui, pelakon Kiah Pekasam ini berjanji akan mengumumkannya kepada semua pada sidang media khas.

“Malah, konsep dan persiapan untuk perkahwinan pun belum saya mulakan lagi. Begitu juga dengan hantaran, semua belum dibeli. Walaupun kami sudah mempunyai beberapa calon untuk solekan dan sebagainya, namun kami belum memutuskan siapa yang akan diberikan amanah berkenaan.

“Saya dan Zain pula masing-masing sibuk dengan kerja, serta bekerja keras mencari duit untuk majlis kami.

“Saya sendiri tidaklah berkejar-kejar, apatah lagi anak saya pun akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mulai 3 Oktober.

Hanya selepas itu barulah saya akan belikan barang hantaran.

Hajat di hati, hujung Oktober nanti saya ingin ke London untuk membelinya sebab barangan di sana lebih murah.

“Tiada juga tekanan untuk saya melakukan persiapan. Saya buat semua itu pula bukan untuk memuaskan hati orang lain, tetapi untuk diri sendiri. Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Saya juga tidak kisah untuk terima tajaan, asalkan mereka ikut apa yang saya nak,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Laugh Out Loud Entertainment di ibu kota, baru-baru ini.

0 Komentar untuk "Zain dan Che Ta Tetap kahwin Disember"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI