KUALA LUMPUR: Pengarah filem kontroversi Tanda Putera Shuhaimi Baba mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab yang telah mencuri gambar dari Facebook Tanda Putera dan melakukan fitnah mengenainya.
Beliau berkata individu tersebut telah mendakwa apa yang terdapat dalam gambar itu adalah kesilapan teknikal yang ketara dalam filem itu.
“Ini suatu pembohongan besar yang tidak ada dalam filem. Paling mengecewakan, fitnah ini turut diulang tanpa selidik oleh sebuah stesen TV swasta,” katanya dalam satu kenyataan media.
Berikutan itu, Shuhaimi berkata beliau akan bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akan mendapatkan pandangan peguam tentang tindakan seterusnya.
Shuhaimi turut menuntut permohonan maaf dari golongan yang membuat fitnah terhadap filem Tanda Putera dan menyatakan ia kononnya adalah ‘filem Umno’.
“Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya sebagai filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai tiga juta orang itu pada empat hari pertama filem ini ditayangkan.
“Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!
“Mereka sepatutnya memohon maaf kerana fitnah yang melampau tapi kami tidaklah berharap sangat,” katanya.
Shuhaimi juga tidak berpuas hati dengan laporan sesetengah media yang memfokus tentang panggung yang hampir kosong.
“Kami kurang pasti mengapa ini digembar-gemburkan memandangkan kekurangan penonton pada hari kerja adalah sesuatu yang biasa walaupun bagi filem blockbuster Hollywood,” katanya sambil menambah kawannya dan suaminya pernah menonton filem James Bond ‘Skyfall’ semasa hari kerja dan hanya mereka berdua sahaja berada di pawagam.
“Mengapa tiada gembar-gembur atau sebarang laporan tentang panggung yang hampir kosong ini? Apakah motif di sebalik laporan teruk ke atas filem Tanda Putera?”.
Namun demikian, Shuhaimi mengakui prestasi kutipan Tanda Putera pada hujung minggu lalu agak di luar jangkaan.
“Beberapa tweet dan komen di media sosial melaporkan fenomena penonton –penonton di beberapa pawagam memberikan ‘standing ovation’ atau tepukan gemuruh sebaik sahaja filem tamat, walaupun tanpa kehadiran pengarah atau pelakon utama filem ini.
“Yang lebih penting, kami hargai adalah sokongan padu yang kami terima. Permintaan bagi tayangan khas oleh syarikat dan orang persendirian di lokasi pilihan mereka serta tempahan secara berkumpulan yang kian meningkat dijangka berkesan menambah jumlah kutipan,” katanya.

0 Komentar untuk "Shuhaimi Baba mungkin heret individu fitnah Tanda Putera ke mahkamah"