BUKAN baru semalam dia menyelusuri langkah sebagai anak seni. Bukan sekali dia terjatuh, namun gadis berusia 23 tahun ini tetap bangun dan melangkah, sama seperti 12 tahun yang lalu.
Ternyata kesabaran anak kelahiran Kuala Lumpur ini dengan pimpinan bapanya, Amir Amzah atau ND Lala dalam membuktikan bakatnya, berbaloi.
Kini Shila Amzah boleh tersenyum. Karier nyanyiannya bukan sahaja berkembang di Malaysia, bahkan dia cukup dikenali di negara Tembok Besar ini.
Justeru demi kerjaya yang baru berkembang, Shila sanggup mengetepikan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menetap Shanghai, China bersama pembantu peribadinya.
Biarpun sukar pada mulanya apatah lagi kerana perbezaan bahasa pertuturan, namun Shila tidak melatah.
“Saya akui memang penat apatah lagi kadangkala saya akan berulang alik dari Kuala Lumpur ke Shanghai dan sebaliknya untuk tempoh yang pendek.
“Tapi inilah rezeki saya, jadi kepenatan itu saya tolak ke tepi dan saya memang komited dengan kerja saya.
“Saya rasa cukup bertuah kerana dapat membina karier di China. Ini kerana di sini bukan sahaja muziknya yang menjadi perhatian bahkan dari segi ekonomi, China antara negara yang berada di depan,” ujarnya ketika dihubungi Zass.
Di tebak mengenai stigma sesetengah pihak bahawa ‘penghijrahannya' ke Shanghai kerana membawa hati yang luka, Shila berkata dia tidak ambil pusing dengan perkara itu.

“Saya tidak kisah dengan apa yang orang nak cakap mengenai saya, pokok pangkal saya tahu apa yang saya buat.
“Ini termasuklah dengan kata-kata mereka yang mengatakan saya menghafal skrip ketika ditemubual dalam rancangan China Idol baru-baru ini. Pihak-pihak tersebut sepatutnya berfikiran positif dan bukannya menganggap segalanya negatif.
“Saya akui saya bukan terlalu fasih bercakap bahasa Mandarin. Jadi mana-mana perkataan yang saya tak reti sebut, saya akan ganti dengan perkataan Inggeris. Saya juga beruntung kerana kawan-kawan saya di sana banyak membantu,” katanya.
Jadual padat
Shila yang kini berada di Kuala Lumpur sehingga 7 September ini bagi menyiapkan muzik video terbarunya mengakui jadualnya di Shanghai cukup padat dan ada sahaja aktiviti yang sudah diaturkan buatnya.
“Setiap hari saya akan terlibat dengan kelas nyanyian dan komunikasi jika tidak terlibat dengan persembahan,” katanya.
Mengakui mengimpikan untuk mengadakan konsert solo, Shila berkata segala perbincangan masih dilakukan dan kini dia perlu fokus dengan pelancaran album terbarunya yang akan dilancarkan bulan ini.
“Album ini mengandungi lima lagu baru antaranya Masih Aku Cinta, Cinta Hati dan lagu Patah Seribu dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Mandarin.
“Namun buat masa ini tarikh dan lokasi pelancaran masih dalam perbincangan lagi,” jelasnya.
Cinta hati Shila
Dalam pada menghadapi kesibukan kerja di Shanghai, Shila tetap tidak terlepas daripada menghadapi gosip cinta di Malaysia apabila ada sahaja lelaki yang dikaitkan dengannya.
Apatah lagi, Shila kini sudah kembali sendiri selepas episod pilu yang dilaluinya dengan aktor, Sharnaaz Ahmad akhir tahun lalu.
Terbaru, Shila dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan aktor Johan Asa’ari ekoran daripada sekeping gambar mereka duduk bersebelahan.
“Mereka tahu saya dengan Johan saja, tapi dengan naib johan dan tempat ketiga mereka tak tahu (ketawa). Hubungan kami sebenarnya tidak lebih daripada seorang kawan.
“Tapi bagi saya sendiri fokus utama saya adalah karier dan tidak terfikir untuk mencari kekasih. Selagi saya belum berkahwin, maknanya saya tiada hubungan serius dengan mana-mana lelaki,” jelasnya yang bersyukur tidak menghadapi sebarang gosip di Shanghai.
Sasaran pengkritik
Bukan sahaja kisah cinta yang menjadi perhatian, Shila juga kerap menjadi sasaran ‘pengkritik’ pengikut laman Instagramnya mengenai caranya berpakaian dan bergambar.
Tidak mahu cepat melatah dengan segala kritikan pihak yang mengikuti perkembangannya, Shila berkata, dia hanya mengambil pendekatan untuk berdiam diri.
“Tentang berpakaian saya hanya mahu jadi diri saya sendiri. Saya mahu berpakaian mengikut umur saya sendiri.
“Sebelum ini saya rasa berpakaian seperti lebih tua dari usia. Bukan tidak ambil kisah dengan apa orang kata, tapi orang lain tidak kenal saya dan saya hanya mahu jadi diri sendiri,” akhirinya.

0 Komentar untuk "Kembara seni Shila Amzah"