PPPM: Dong Zong tentang dasar nasional - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PPPM: Dong Zong tentang dasar nasional

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PPPM_DongZongtentangdasarnasional/Article

Bangkok: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan bantahan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) ke atas pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) sebagai tentangan terhadap dasar nasional. 

“Saya tak terganggu dan saya tak nampak tujuan lain selain nak menentang dasar nasional. Ini (PPPM) bersandar kepada Perlembagaan negara. 
“Bagi saya kalau mereka menentang (PPPM) maknanya mereka menentang dasar nasional. Mereka nak tengok sekolah kebangsaan (SK) terus mundur supaya tak jadi ‘ancaman’,” katanya kepada media Malaysia di sini, semalam.


Timbalan Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja rasmi dua hari ke Thailand, mengulas mengenai bantahan berterusan Dong Zong terhadap PPPM yang akan dilancarkan bulan depan. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, proses merangka PPPM sejak dua tahun lalu mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) Cina. 

Memperbaiki SK 

Apa yang sukar difahami, tegas Muhyiddin, ialah PPPM bertujuan memperbaiki SK tanpa menjejaskan kedudukan sekolah vernakular, sejajar pendekatan pragmatik yang menjadi amalan di Malaysia. 
“Kita akan teruskan tanpa rasa digugat mana-mana pihak dan saya tidak rasa tercabar kerana ini jalan terbaik. 

“Kalau undur, saya bukan saja mengalah tetapi seolah-olah tunduk (kepada Dong Zong). Saya akan dilihat lemah dan mengabaikan sistem pendidikan. 

“Mujurlah ada kelompok masyarakat Cina yang waras dan tidak melihat ini sebagai ancaman, sebaliknya ia adalah cara bagi menambah baik. Ini adalah semangat kebangsaan,” katanya. 

Konvensyen khas 

Sebelum ini, Dong Zong dilaporkan mengadakan konvensyen khas yang antara lain mendakwa PPPM bertujuan menghapuskan sekolah vernakular. 

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Muhyiddin yang turut mencabar Dong Zong membaca dan meneliti kandungan pelan berkenaan yang langsung tidak menyentuh tindakan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.
0 Komentar untuk "PPPM: Dong Zong tentang dasar nasional"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI