Bas hilang kawalan 100 meter sebelum terjunam: Ketua Polis Pahang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bas hilang kawalan 100 meter sebelum terjunam: Ketua Polis Pahang

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bashilangkawalan100metersebelumterjunam_KetuaPolisPahang/Article

KUANTAN: Bas yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5 Jalan Genting Highlands, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam gaung itu, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Katanya, siasatan awal juga mendapati sebanyak 48 tiket dijual namun bilangan penumpang yang menaiki bas bernombor pendaftaran WGA 4136 berkenaan lebih daripada itu.
Kejadian dilapor berlaku 2.45 petang ketika bas berkenaan menuruni puncak Genting Highlands berdekatan Chin Swee Temple, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.


Nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu mengorbankan 37 nyawa, manakala 16 lagi cedera. - BERNAMA
0 Komentar untuk "Bas hilang kawalan 100 meter sebelum terjunam: Ketua Polis Pahang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI