Anwar: Najib perlu jawab kerugian MAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anwar: Najib perlu jawab kerugian MAS

http://www.sinarharian.com.my/politik/anwar-najib-perlu-jawab-kerugian-mas-1.43100

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa memberi respons terhadap kerugian Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) yang mencecah sehingga RM2.52 bilion tahun lalu.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, oleh sebab itu Najib diminta memohon maaf kepada seluruh rakyat dan mengaku pertukaran saham antara MAS dan AirAsia adalah satu kesilapan besar.
 
Menurutnya, selain itu, nasib lebih 20,000 pekerja MAS terus menjadi tanda tanya sama ada mereka akan dibuang atau diserap ke dalam syarikat gabungan yang baru.
 
“Di mana arah tuju MAS? Apakah yang dilakukan oleh MAS untuk meningkatkan kos efisien operasi untuk membendung kenaikan harga minyak dan mengurangkan kos-kos lain, sekali gus mengembalikan kerugian untuk membuat keuntungan pada masa depan?
 
“Oleh itu MAS tidak boleh berterusan diurus berdasarkan kepada keputusan politik yang telah menyebabkan ia menjadi syarikat yang rugi dan menggugat periuk nasi pekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
0 Komentar untuk "Anwar: Najib perlu jawab kerugian MAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI