http://www.sinarharian.com.my/nasional/mursi-dikhianati-bekas-penyokong-sendiri-1.180400
GOMBAK - Kejatuhan Dr Mohamed Mursi dari kerusi Presiden Mesir bukan sahaja kerana asakan pembangkang tetapi juga daripada usaha oleh mereka yang pernah bersekutu dengannya pada pilihan raya lalu.
Penganalisis politik Asia Barat dan Afrika, Dr Maszlee Malek berkata, sejak menang pilihan raya pada pertengahan 2011, Mursi bukan sahaja tidak mampu menarik sokongan pembangkang sebaliknya gerakan untuk menggulingkan beliau semakin rancak.
"Keadaan semakin parah apabila parti politik Salafi yang bersama dengan parti Mursi, FJP yang didokong oleh pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang pada asalnya bergabung semasa revolusi Januari 2011, turut bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkannya," katanya.
Maszlee berkata, mereka termasuk pendokong revolusi 25 Januari 2011 yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak.
“Mereka pernah jatuhkan Mubarak, jadi tak susah juga mahu jatuhkan Mursi. Golongan Salafi, asalnya mereka yang bersama Ikhwan untuk bentuk Perlembagaan, malah presiden mereka dipilih untuk jadi anggota Majlis
Presiden, tetapi mereka kata menentang Ihkwanul Muslimin bukan kerana nak lawan Islam, tapi kerana kelemahan yang wujud dalam Ikhwan yang mereka nampak,” katanya.
Maszlee berkata, segala usaha Mursi untuk kepentingan negara juga turut disalahertikan hingga wujud asakan bertubi-tubi untuk menjatuhkan beliau.
“Apabila Ikhwanul Muslimin dan Mursi menang, mereka mula berbaik dengan Barat untuk tarik pelabur, kebanyakan golongan keliling Mursi adalah peniaga, dan mereka perlu untuk bangunkan ekonomi Mesir.
“Apabila Ikhwanul Muslimin dan Mursi menang, mereka mula berbaik dengan Barat untuk tarik pelabur, kebanyakan golongan keliling Mursi adalah peniaga, dan mereka perlu untuk bangunkan ekonomi Mesir.
Tapi ada parti sosialis menggunakan hujah bahawa Ikhwan sudah jadi ejen Amerika, Ikhwan bantu ekonomi Amerika, dan Ikhwan liberalis baru.
“Jadi mereka turut serta menjatuhkan Mursi. Ada pula kumpulan lain iaitu golongan saki baki Ikhwan yang tidak setuju pencalonan Mursi dan tidak setuju dengan Ikhwan hantar wakil untuk jadi presiden. Ini diketuai mantan orang kuat Ikhwan sendiri yang terlibat dalam pemberontakan ini,” katanya.
Bertambah malang, kata Maszlee, apabila anggota keselamatan juga tidak berpihak kepada kerajaan selain medianya sering memberikan imej buruk kepada Mursi dan gerakan Ikhwanul Muslimin.
“Polis masih lagi berpihak kepada rejim lama, langsung tidak berpihak kepada kerajaan yang ada. Apabila polis tidak bekerjasama, tidak menjalankan tugas mereka, trafik kucar kacir, dan ini yang memberikan rasa tidak senang hati kepada rakyat. Begitu juga pihak tentera dan pihak kehakiman dan pihak media.
“Media milik kerajaan pun tidak menyebelahi kerajaan. Media utama tetapi memburukkan kerajaan, beritanya memperlekeh Mursi, fitnah,” katanya.

0 Komentar untuk "Mursi dikhianati bekas penyokong sendiri"