http://www.sinarharian.com.my/bentang-semula-pindaan-seksyen-107-1.180517
SHAH ALAM - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mencadangkan kerajaan supaya membentang semula Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dalam bentuk pindaan kepada seksyen-seksyen tertentu sahaja seperti Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Pindaan 2006).
Presidennya, Musa Awang berkata, kerajaan perlu meneliti semula rang undang-undang tersebut tanpa perlu menghapuskannya kerana ia adalah baik untuk umat Islam.
Menurutnya, PGSM melahirkan rasa kesal terhadap segelintir wakil rakyat beragama Islam di Parlimen baik dari pihak kerajaan atau pembangkang yang berdiam diri dalam mempertahankan rang undang-undang Islam ini, sebelum ia ditarik balik.
“Kami berpendirian rang undang-undang tersebut secara keseluruhannya adalah baik untuk penambahbaikan pentadbiran agama Islam, dengan memasukkan peruntukan baru bersesuaian, yang mana sebahagian besarnya terdapat dalam undang-undang pentadbiran agama Islam di negeri-negeri lain.
"Malah ia adalah sebagai usaha untuk tidak menjadikan Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai terkebelakang berbanding dengan negeri-negeri lain,” katanya semalam.
Namun katanya, penarikan balik rang undang-undang tersebut adalah tindakan wajar pada ketika ini bagi mengelak ia dimanipulasi dan diperbesarkan ekoran isu pertukaran agama bawah Seksyen 107 semata-mata, berbanding peruntukan-peruntukan lain yang terdapat dalam rang undang-undang tersebut.
Baru-baru ini, pelbagai pihak gesa kerajaan mempertimbangkan hak ibu atau bapa untuk mengizinkan anak yang berusia bawah 18 tahun memeluk agama Islam seperti terkandung dalam Seksyen 107(b) rang undang-undang itu.
Isu permasalahan itu bermula pada 2007 apabila seorang wanita Hindu, R Subashini mahu mendapatkan perintah menghalang bekas suaminya, Muhammad Shafi Saravanan Abdullah mengislamkan anak kedua mereka, Sharvind.

0 Komentar untuk "Bentang semula pindaan Seksyen 107"