Bukankah syarikat putar alam ini milik rakan Mahdzir Khalid? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bukankah syarikat putar alam ini milik rakan Mahdzir Khalid?

http://www.kedahlanie.info/2012/10/bukankah-syarikat-putar-alam-ini-milik.html

Oleh: Pak Dee Jantan

Pembinaan Sintok Sdn. Bhd. (PSSB) adalah anak syarikat Permodalan Kedah Berhad. Antara Ahli Lembaga Pengarah PSSB ialah Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad dan Dato’ Halim Said. Syarikat itu diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM40 juta. Harga siling yang telah diputuskan dalam mesyuarat Exco. Tetapi Pegawai kewangan Negeri pada waktu itu Dato' Rasli telah menaikkan harga kepada RM46 juta tanpa dibawa masuk dalam mesyuarat Exco.
Kes ini telah dilaporkan kepada SPRM dan Rasli telah disoal-siasat oleh SPRM berhubung isu tersebut. Jawapan yang diberikan oleh Rasli kepada SPRM ialah selaku Pegawai Kewangan beliau berhak berbuat demikian berdasarkan pekeliling tertentu (mungkin dari JPA). Malangnya selepas beberapa bulan berlaku Rasli masih belum dapat mengemukakan dokumen atau pekeliling itu kepada SPRM.

Cara kedua untuk 'menyelamatkan' Rasli ialah mengemukakan permohonan dalam Mesyuarat Exco untuk menaikkan harga kontrak berasaskan keperluan semasa, kenaikan harga barang dan sebagainya. Soalnya semasa Rasli menambah harga sebanyak RM6 juta itu projek belum berjalan, tidak mungkin berlaku tuntutan yang melebihi kos asal... tiang pun tak pacak lagi masa tu.

Projek bina kompleks MPSP belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat ‘silap mata’ yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor berdaftar (PKK)  untuk melakukan projek itu. Khabarnya syarikat putar alam bernama Najwa Bina itu ialah milik rakan baik Mahdzir Khalid iaitu Fakhrulrazi. Orang kampung dah tahu itu.

PSSB membayar Najwa Bina sebanyak RM9.3 juta sebagai bayaran pendahuluan. Sekali lagi berlaku kepelikan kerana bayaran pula dibuat atas nama FBS Bina Sdn Bhd. Mahdzir Khalid kena beri beri penjelasan bagaimana hal ini boleh berlaku. Jangan beri alasan 'saya tak tahu' nanti mendapat gelaran Bekas MB Serba Tak Tahu pulak! Yang paling bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tentulah pembuat bayaran sendiri iaitu Rasli. Macam mana yang buat projek ialah Najwa Bina dapi bayaran dibuat atas nama FBS Bina? Jawab Rasli jawab.

Khabarnya syarikat yang didakwa milik sahabat Mahdzir ini hanya mampu melakukan kerja permulaan, pasang cerucuk saja kot. Akhirnya syarikat kena terminate... kerajaan negeri jugak yang rugi. Kerajaan mana yang memerintah masa tu?? Jawab kuat kuat... BE ENDDDDD!!!!

Cerita bayaran RM10 juta kepada Najwa Bina tu belum selesai. Banyak lagi jalan cerita dan konanya. Pi mana duit tu? Sapa yang usung cash duit tu? Depa beli apa?
0 Komentar untuk "Bukankah syarikat putar alam ini milik rakan Mahdzir Khalid? "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI