Terang2 data dekat sini kata org Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru ialah 62%.
Yang tak mendaftar lagi hanya 43% sahaja. Jadi dekat mana yg logiknya 1:40 Melayu berbanding bukan Melayu ni?
Kalau nak diikutkan, bilangan pengundi Cina yg lagi sikit, yg tak mengundi ramai, yg mengundi sikit.
Memang betul yg giat daftarkan pengundi baru DAP, tetapi parti komponen BN yg lain tak aktif. Lain dengan orang Melayu, UMNO dan PAS sama2 giat mendaftarkan pengundi baru. Itu belum lagi yang dah daftar mengundi.
Jadi, siapakah dalam UMNO yg terlalu bodoh buat nisbah mcm tu?
1.9 juta Melayu layak mengundi belum mendaftar
KUALA LUMPUR: Seramai 1.9 juta atau 43 peratus daripada 4.3 juta pengundi yang layak mengundi, tetapi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga Mac lalu adalah orang Melayu.
Mengikut statistik SPR, bukan Melayu yang belum mendaftar adalah 1.7 juta dengan pecahan 1.3 juta atau 30.6 peratus daripada kaum Cina, diikuti India seramai 400,997 orang atau 9.3 peratus.
Baki yang belum mendaftar adalah Bumiputera Sabah (249,891 atau 5.79 peratus), Bumiputera Sarawak (283,380 atau 6.1 peratus), Orang Asli (31,848 atau 0.74 peratus) dan lain-lain kaum (152,030 atau 3.53 peratus).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf yang mendedahkan statistik itu berkata, antara punca orang Melayu masih menjadi kumpulan terbesar belum mendaftar ialah kerana kurang rasa tanggungjawab menunaikan hak sebagai warga negara, tidak peka situasi politik tanah air dan gemar mendaftar pada saat akhir.
“Itu trend yang dikesan oleh SPR. Kebanyakan rakyat kita, terutama belia Melayu kurang kesedaran mendaftar sebagai pengundi walaupun sudah berusia lebih 21 tahun. Biasanya, apabila menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, barulah mereka sibuk mendaftar. Kalau daftar lambat dan kemudian berlaku pilihan raya, SPR tidak dapat mengesah dan mewartakan nama mereka dalam Daftar Pemilih terkini, menyebabkan mereka tidak dapat mengundi,” katanya kepada Berita Harian , semalam.
Abdul Aziz juga berkata, sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga suku pertama tahun ini, jumlah pengundi yang berdaftar adalah 11.2 juta dengan 569,137 daripadanya pengundi baru.
Daripada jumlah pengundi baru itu, 131,047 atau 23.03 peratus adalah kaum Cina, manakala kaum India 27,823 orang atau 4.89 peratus. Jumlah pengundi Melayu pula 355,805 atau 62.52 peratus, manakala Bumiputera Sabah 20,871 (3.6 peratus), Bumiputera Sarawak 27,104 (4.7 peratus), Orang Asli 2,378 dan lain-lain kaum 4,109.
Selasa lalu, SPR mengakui lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana DAP paling agresif melaksanakan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.
Dalam pakatan pembangkang, DAP lebih aktif mendaftar pengundi baru terutama di bandar, diikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menumpukan semua kaum, manakala PAS mensasarkan belia Melayu.
Sehari sebelum ini, Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendedahkan kajian mereka menunjukkan nisbah orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah 1:40.
0 Komentar untuk "UMNO Menipu Lagi : 1:40 Konon2nya"