Tanda2 UMNO akan KARAM
Lihatlah data terbaru dari SPR
Nampaknya hanya UMNO yg pulun nak menang pilihanraya sedangkan komponen BN yg lain lesu
Sudahlah pengundi baru di bawah UMNO kurang sedikit drpd DAP, belum lagi masuk PAS dan PKR.
Kalau diambil kira data2 ini, nampaknya 1:2 bg UMNO dan PR. Inilah yang membimbangkan UMNO sebenarnya.
Kalau kita campurkan data2 ini dengan data pada tahun 2009, makin ranaplah harapan UMNO untuk bertahan. Inikah yg ada pihak dlm PAS terhegeh2 nak bersama UMNO?
Siapa kata PAS tidak mendapat sokongan rakyat? Dengan bilangan ini sahaja sudah mencukupi buat PAS bersama2 dengan DAP untuk memerintah Malaysia
Nampaknya Kelantan dan Pulau Pinang akan terus ditakluki PAS dan DAP tanpa ada gangguan drpd UMNO.
Di Pulau Pinang, orang Melayu kena bijak, adakah mereka perlu lagi mengundi UMNO dan biarkan orang Melayu menjadi pembangkang ataupun bersama2 dengan DAP yang sememangnya tidak boleh digugat lagi. Semua keputusan di tangan anda
Kedah perlu berusaha lebih sedikit untuk melihat Kedah terus di bawah PR. PAS perlu giatkan usaha lagi untuk menambahkan lagi bilangan pengundi baru. PAS Kedah tidak boleh sekadar berpuas hati dengan apa yg ada. Kalau tersilap langkah, Kedah boleh gagal.
Kerajaan UMNO PERAK nampaknya tidak dapat bertahan lagi. Walaupun UMNO tak habis2 mainkan isu Melayu di Perak, nampaknya PAS Perak terus mendapat sokongan orang Islam melebihi UMNO. Dengan kekuatan DAP nampaknya UMNO akan terus bungkus di Perak. Ke mana arah tuju wakil2 BEBAS???? nampaknya mereka juga akan terus lenyap bersama UMNO
UMNO yang terhegeh2 nak tawan Selangor apa cerita? Walaupun kekuatan UMNO melebihi PAS hampir dua kali ganda, tetapi dengan bantuan DAP, PAS tidak ada masalah untuk memenangi beberapa kerusi lagi untuk menewaskan UMNO. Selangor bukannya negeri seperti Terengganu, di mana orang Islam adalah majoriti, di Selangor 50% Islam dan 50% bukan Islam. Jadi dengan kekuatan UMNO sahaja, Selangor akan terus kekal di bawah PR pada PRU ke-13.
Nampaknya, kekuatan PR akan terus berkembang di beberapa negeri lagi. Johor dan Sarawak walaupun belum kuat sepenuhnya, tetapi PR boleh mengurangkan kerusi Dun sehingga 1/3. Bukan itu sahaja, Sarawak dan Johor tidak lagi menjadi deposit kpd BN. Walaupun kekuatan UMNO dan PBB masih kuat di Johor dan Sarawak tetapi, PR terutamanya DAP boleh mengambil beberapa kerusi Parlimen dr BN sehingga kpd 20 kerusi. PR sudah mempunyai 80 kerusi, dan pertambahan 20 kerusi dr sarawak dan Johor, boleh menambahkan kekuatan PR untuk menawan Putrajaya.
Akan tetapi beberapa negeri masih lagi kuat di bawah BN. Sabah nampaknya akan terus di bawah BN. Termasuk juga di Terengganu. Perlis, Pahang, N9 dan Melaka tidak banyak memberikan kesan kpd PR, masih banyak kerusi akan terus bertahan kpd BN.
Negeri Sembilan walaupun dikatakan mampu digugat PR, nampaknya masih lagi lemah. Kalau inilah usaha PR terutamanya PAS, nampaknya N9 tak mampu digugat PR. Pahang hanya beberapa tempat sahaja boleh ditambah kerusi.
Apa sudah jadi dengan Terengganu???? PAS Terengganu buat apa? Hanya negeri Terengganu sahaja PAS lemah dlm UMNO walaupun UMNO kucar-kacir
PAS Terengganu perlu membantu PAS negeri lain, untuk membolehkan PAS mendapatkan lebih banyak kerusi Melayu Islam
Dengan bukti yang nyata ini, menunjukkan bahawa BN masih lagi belum pulih sepenuhnya dr Tsunami 2008. Walaupun orang Islam masih lagi berpihak kpd UMNO, tetapi PAS juga masih lagi mendapat kepercayaan rakyat.
Kalau keadaan ini berterusan, dengan kekuatan PAS dan DAP, hasrat untuk menawan Malaysia akan berjaya. Yang tak bestnya, PKR hanya mendapat untung atas kekuatan PAS dan DAP, dan mereka jugalah yang banyak menyusahkan PR.
0 Komentar untuk "Tanda2 UMNO akan KARAM"