DAP mendahului dengan 13,174, diikuti UMNO (7,591), PAS (4,344), PKR (2,281), MCA (317), MIC (249) dan GERAKAN (75)
Pakatan Rakyat sudah ada 19799 pengundi baru utk bulan Mei sahaja.
BN hanya 8232, bermakna 70% sudah dikuasai Pakatan Rakyat untuk pengundi baru. Tak masuk lagi yg sebelum Mei.
Nampaknya hanya UMNO yg aktif mendaftarkan pengundi baru, parti2 komponen lain terus lesu.
Dengan perkembangan semasa, Pulau Pinang akan terus dikuasai DAP, dan Terengganu terus akan dikuasai UMNO, Kelantan dikuasai PAS
PAS kena berhati2 di Kedah.
DAP atasi parti lain pikat pengundi baru daftar SPR
PUTRAJAYA: DAP mengatasi parti lain dalam gerakan mendaftar pengundi baru di lima negeri, termasuk Pulau Pinang dan Johor dengan menarik 12,844 mereka yang layak mengundi untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang Mei lalu.
Parti itu berjaya menarik 6,192 pengundi baru di Pulau Pinang, diikuti Johor (2,860), Selangor (1,934), Perak (1,084) dan Negeri Sembilan (290).
Buat kali pertama pada bulan berkenaan, DAP mengatasi UMNO dalam pendaftaran pengundi baru yang dipercayai bagi memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, bagi pendaftaran keseluruhan pengundi baru mengikut kaum dari 2009 sehingga Mac lalu, Melayu mendahului dengan 51.6 peratus atau 5.8 juta pengundi, diikuti Cina 31.05 peratus (3.5 juta pengundi) dan India 7.3 peratus (819,975 pengundi).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, UMNO hanya mendahului di Terengganu dengan mendaftar seramai 1,488 pengundi baru, diikuti Kedah (834), Sabah (648) dan Pahang (376).
PAS pula mendahului pendaftaran pengundi baru di Kelantan iaitu seramai 2,362 dan Melaka (125), manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mendahului di Kuala Lumpur sebanyak 598.
Parti komponen utama Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan GERAKAN dilihat kurang menyerlah apabila hanya membuat pendaftaran baru sebanyak 641 di 14 negeri.
Abdul Aziz menjelaskan, tiada sebarang pendaftaran baru oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) sepanjang Mei lalu.
Bagi prestasi pendaftaran pengundi baru mengikut parti pada Mei lalu untuk 14 negeri, DAP mendahului dengan 13,174, diikuti UMNO (7,591), PAS (4,344), PKR (2,281), MCA (317), MIC (249) dan GERAKAN (75), katanya kepada Berita Harian.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, SPR melantik seramai 2,248 penolong pendaftar daripada parti politik bagi membantu suruhanjaya itu mendaftar lebih ramai warga negara yang layak sebagai pemilih.
SPR mendapati penolong pendaftar ini banyak membantu dan menyumbang dari segi pengundi baru dengan 56 peratus adalah melalui saluran ini, katanya.
Beliau berkata, penolong pendaftar berkenaan dilantik oleh SPR melalui Ketua Pendaftar yang juga Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik tetapi SPR kini dalam proses meminda kaedah perlantikannya.
Cadangan sudah dikemukakan kepada Kabinet Jumaat lalu untuk membolehkan lantikan dibuat oleh Kabinet atau Menteri berkenaan bagi memastikan tiada isu berbangkit berhubung daftar pemilih terbaru.
Kami bimbang dengan kaedah sekarang akan berlaku protes dari segi undang-undang berhubung perlantikan yang kini dibuat terus oleh Ketua Pendaftar, katanya
0 Komentar untuk "Pakatan Rakyat makin hampir ke Putrajaya"