PN SARAWAK 01 : Barisan Nasional akan hilang 20 kerusi DUN - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PN SARAWAK 01 : Barisan Nasional akan hilang 20 kerusi DUN

Ramai yang tertunggu2 bilalah pilihanraya negeri Sarawak nak diadakan.

Sepatutnya pilihanraya negeri sudah diadakan tetapi oleh kerana ada PRK Sibu, terpaksa ditunda sekejap. Barisan Nasional dijangkakan akan terus mengadakan pilihanraya negeri Sarawak sejurus selepas Barisan Nasional menang bergaya di Sibu akan tetapi malang sekali nasib BN kerana kalah mengejut. Taib Mahmud terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk meredakan sedikit suasana selepas  PRK Sibu, takut kalau tergesa2 membuat keputusan, satu Sarawak akan tumbang kepada pembangkang. Tetapi jangan risau, Taib Mahmud, Barisan Nasional tetap akan kukuh memerintah Sarawak kerana yang berubah adalah pengundi2 Cina, pengundi2 bukan Cina majoritinya masih menyokong Barisan Nasional dan dengan adanya PBB, tidak mungkin pembangkang berupaya menggugat BN Sarawak.

Cuma apa yg merisaukan kini, adakah pilihanraya negeri Sarawak akan menjanjikan keputusan yang membanggakan buat BN? BN Sarawak pada pilihanraya negeri 2006 dahulu sudah tersentap dengan kehilangan 9 kerusi DUN kepada pembangkang. Selepas itu, banyak juga kedengaran daripada pemimpin2 BN untuk membuat post-mortem dan sebagainya. Hasilnya BN Sarawak dapat mengekang pembangkang Sarawak pada PRU ke-12. Pembangkang hanya dapat menawan satu kerusi Parlimen sahaja dan banyak kawasan masih lagi utuh bersama BN. Dengan andaian bahawa momentum PRU-12 akan sama semasa PRK Sibu, BN yakin dapat mengekalkan kemenangan kerana BN menang dgn majoriti 3 ribu lebih. Akhirnya, BN tersungkur secara tiba2. Kesan penolakan orang Cina kpd BN mula merebak di Sarawak bukan hanya di Semenanjung.

Semasa pilihanraya negeri 2006 kekalahan BN juga adalah disebabkan faktor yg sama, iaitu pengundi Cina. Sekali lagi pengundi Cina Sarawak membuatkan BN Sarawak dalam ketakutan. Walaupun pada 2006 hanya 9 kerusi ditawan pembangkang, tetapi terdapat 10 lagi kerusi yg BN menang dengan majoriti 1000 ke bawah. Persoalannya kini, dapatkan BN memastikan kerusi2 ini terus bersama BN ataupun jatuh bersama BN?

Kalau kita lihat dr segi Sibu pun, semasa 2006 BN menang selesa di dua kerusi dengan majoriti 2 ribu lebih cuma di N48 Pelawan sahaja BN menang dengan majoriti hanya 263. Ketika itu, undi ketiga2 Dun di Sibu adalah 7,582 tetapi semasa PRU ke-12 Sibu BN menang dengan majoriti 3,235. Ini bermakna ketika PRU-12 lagi undi BN sudah merosot. Jadi, dengan kemenangan DAP pada PRK Sibu, adakah kawasan ini masih selamat? Bagaimanakah dengan N48 Pelawan, adakah akan masih kekal bersama BN atau sebaliknya. Adakah N47 Bawang Assan yang dimenangi BN dengan majoriti 2,504 juga akan ditawan pembangkang jika berdasarkan keputusan PRK Sibu baru2 ini. Cuma N49 Nangka sahaja dijangkakan BN akan terus kekal di situ.

Bagaimana dengan kawasan2 lain? Adakah momentum 2006 masih lagi memihak kpd pembangkang? Kalau dianalisa PRU ke-12, walaupun BN hanya kalah di Bandar Kuching tetapi kawasan2 lain ada juga yang BN menang dengan majoriti kecil dan kebanyakan kawasan2 ini jugalah terdapat Dun dimana pada 2006 pembangkang kuasai dan hampir kuasai. Kita boleh lihat di P208 Sarikei BN hanya menang dengan majoriti 51. Pada 2006 Bn menang di N39 Repok dengan hanya 576 undi dan N40 Meradong dikuasai pembangkang. Adakah N39 Repok akan jatuh ke tangan pembangkang?

P201 Kanowit, BN menang hanya dengan 306 undi. 2006, N43 Ngemah ditawan pembangkang. 

P216 Hulu Rajang BN menang dgn 2,164 undi. 2006, N57 Belaga BN menang dgn hanya 227 majoriti.

Dan akhir sekali P221 Limbang BN hanya menang dengan majoriti 676 undi sahaja. N69 Batu Danau BN menang dengan majoriti 1,262 undi. Adakah terdapat satu kawasan DUN di P221 Limbang akan jatuh ke tangan pembangkang?

Banyak lagi analisa yang perlu diperhalusi menjelang pilihanraya negeri Sarawak yang akan berakhir tempohnya Mei 2011. BN Sarawak hanya mempunyai masa setahun untuk mencari formula bagaimana untuk menidakkan sokongan pengundi Cina kepada pembangkang. Jika hanya pengundi Cina yang berubah tidak mengapa, jangan pengundi2 lain juga ada yang akan berubah pemikiran politik mereka dalam masa terdekat. Apakah potensi pembangkang untuk menambahkan lagi kerusi dan adakah PR yang dianggotai SNAP-PKR-PAS-DAP akan membuat kejutan? Adakah benar wujudnya kerjasama diantara anggota PR kali ini. Pada 2006 banyak kawasan yg PKR dan DAP bertanding melawan BN. Insyallah, segala persoalan ini akan diulas kemudian.

0 Komentar untuk "PN SARAWAK 01 : Barisan Nasional akan hilang 20 kerusi DUN"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI