PKR KEAH Lebih Tergila-gilakan Pangkat Datuk - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PKR KEAH Lebih Tergila-gilakan Pangkat Datuk

Sedia lepas jawatan: Ahmad Kassim

ALOR SETAR - “Saya bersedia diturunkan jawatan bila-bila masa.”

Demikian kenyataan Pengerusi PKR Negeri, Ahmad Kassim apabila diminta mengulas dakwaan segelintir pihak menjangka jawatan pengerusi parti itu akan kembali bertukar tangan kepada bekas Pengerusi PKR Negeri, Senator Ir Zamri Yusof pada pemilihan pucuk kepimpinan parti peringkat negeri yang dijangka diadakan bulan September nanti.

Ahli Parlimen Kuala Kedah itu menegaskan beliau tidak pernah berhasrat untuk memegang jawatan pengerusi itu sebelum ini, bagaimanapun menerimanya sebagai menghormati permintaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyatukan kembali PKR Kedah yang agak terumbang-ambing ketika itu.

“Sekiranya saya tidak lagi dilantik sebagai Pengerusi PKR Kedah pada pemilihan pucuk kepimpinan parti akan datang, saya terimanya dengan hati terbuka kerana tanggungjawab sebagai pemimpin parti amat berat kerana memegang amanah pemimpin atasan dan rakyat.

“Saya tidak pernah mengambil kesempatan menggunakan pangkat dan nama semata-mata untuk mencari publisiti dan meluaskan pengaruh saya dalam arena politik, jauh sekali mengumpulkan harta. Justeru, saya tidak rugi apa-apa sekiranya tidak lagi dilantik Pengerusi PKR Kedah,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Ahmad juga menegaskan beliau tidak kisah menyerahkan jawatan tertinggi parti di peringkat negeri kepada mana-mana ahli parti yang layak, asalkan PKR berfungsi seperti sediakala.

“Sepanjang tempoh dua tahun saya memegang jawatan pengerusi, terdapat pelbagai ranjau dan duri perlu saya redah demi memastikan PKR Kedah kembali stabil kerana cabaran mentadbir parti baru amat besar di samping dasar parti masih tidak jelas.

“Jadi, sekiranya saya benar-benar ditukarkan, saya minta pengganti saya lebih bekerja keras untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap PKR di samping mengukuhkan sokongan ahli di peringkat akar umbi,” katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai masalah dengan ketua cabang di negeri ini, Ahmad menafikannya dan menegaskan beliau menerima kerjasama baik daripada semua ketua cabang.

Sebelum itu, Sinar Harian difahamkan sumber dalaman parti bahawa Ahmad bakal ditukarkan jawatan dan digantikan kembali oleh Senator Ir Zamri kerana didakwa tidak mendahulukan kepentingan parti di samping lambat menangani sebarang tindakan melibatkan parti.

Sumber itu juga menjelaskan Ahmad kini tidak lagi mendapat sokongan kesemua ketua cabang parti di negeri ini berikutan tidak berpuas hati terhadap isu pengurniaan pingat kebesaran kepada wakil parti yang didakwa lambat diusulkan Ahmad sehingga mengakibatkan hanya beberapa pemimpin PKR sahaja yang menerimanya.

Sementara itu, Ir Zamri ketika dihubungi Sinar Harian mendedahkan beliau diberi pengesahan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jawatan Pengerusi PKR Negeri akan kekal dipegang Ahmad.

“Cuma saya difahamkan terdapat rombakan kecil yang akan dibuat di peringkat bawahan termasuk Jawatankuasa PKR Negeri untuk memperkukuhkan parti.

“Oleh itu, desas-desus mengaitkan jawatan Pengerusi PKR Negeri dengan saya tidak benar sama sekali,” katanya.
0 Komentar untuk "PKR KEAH Lebih Tergila-gilakan Pangkat Datuk"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI