Baru 40 Ulama' Masuk UMNO dah Riuh Sekampung - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Baru 40 Ulama' Masuk UMNO dah Riuh Sekampung

Apa sangat ler 40 org Ulama ni boleh buat? Ahli UMNO ada 3 juta, sorang ulama UMNO kena jaga 100 ribu org UMNO
Apa yg diaorg boleh ubah, UMNO jadi lebih Islamik ker? Masalahnya, adakah UMNO sendiri nak dengar cakap ulama' ni?
UMNO ni tak sedar ka yg Pemuda PAS tu dr Universiti Al-Azhar, Timbalan Universiti Jordan, dan majoriti Pemuda PAS adalah kelulusan agama. Dekat mana yg dikatakan ulama' muda tak ada dlm PAS?


Berita kemasukan beramai-ramai golongan ulama muda lulusan Jordan, Madinah dan Mesir telah membuatkan saya terfikir satu perkara, "apakah PAS sudah gagal menepati perjuangan Islam mereka hinggakan golongan agamawan serta ulama muda ini memilih untuk menyertai UMNO sebagai platform mereka untuk berdakwah" ?

Sepanjang penglibatan saya didalam politik, selama ini PAS lah yang amat terkenal dengan semangat jihad agamanya dan sering menjadi tumpuan bijak pandai agama untuk berpolitik. PAS telah berjaya menyebar doktrin bahawa parti mereka sahaja yang mendukung Islam Tulen didalam arus politik negara.

Walaupun didalam UMNO ada para agamawan yang tak kurang hebatnya dengan PAS, tetapi kelibat mereka-mereka ini agak tenggelam mungkin kerana polisi UMNO lebih agresif dan lebih terbuka menjurus kepada perkara berkaitan bangsa dan tanahair.

UMNO juga memperjuangkan Islam tetapi imej kebangsaan UMNO di lihat lebih menonjol kerana tak ramai pemimpin UMNO yang sanggup memanipulasi agama seperti yang pemimpin PAS lakukan.

Selama ini, PAS ternyata menjuarai setiap isu nasional negara dengan memainkan faktor agama dan juga memanipulasi secara maksimum imej serta ajaran Islam bagi memenangi setiap isu politik yang timbul. Ini semua dilakukan oleh PAS tanpa mengira benar ataupun salah demi kepuasan berpolitik serta kepentingan peribadi.

Tetapi sejak PAS berganding bahu dengan PKR serta DAP didalam gabungan Pakatan Rakyat, imej perjuangan Islam PAS saya lihat mulai luntur sedikit demi sedikit. PAS tak lagi menjadi platform utama perjuangan menegakkan ketuanan Islam dalam negara terutamanya setelah ulama PAS bercanggah pendapat didalam isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.

Begitu juga apabila kafir DAP mempermainkan ayat Quran dengan secara sewenang-wenangnya di pentas politik dengan kerelaan PAS. Ini sebenarnya memberi impak besar terhadap imej PAS itu sendiri di mata para agamawan di atas pagar khususnya kumpulan ulama' muda ini. Bagi mereka, PAS tak lagi mampu mempertahankan kesucian martabat Islam yang diperjuangkan selama ini.

Dari pengamatan saya, sejak kebelakangan ini terdapat satu trend penolakan terhadap ulama serta agamawan muda dari menyertai PAS oleh sebilangan ulamak konservatif didalam parti tersebut. Mungkin para ulamak tua didalam PAS ini mahu mengekalkan penguasaan mereka didalam parti dan mungkin juga para ulamak konsevatif ini takut dengan corak pemikiran baru yang dibawa oleh kumpulan ulama muda kedalam PAS.

Lihat sahaja Nik Aziz sebagai contoh. Umurnya sudah melangkaui usia pencen dan akal serta kemampuan berfikirnya sudah jauh tersasar dari sepatutnya yang ada kepada seorang pemimpin. Namun, dia masih terlalu sayang untuk melepaskan jawatannya sebagi Menteri Besar Kelantan dan juga seolah-olah mahu memeluk gelaran Mursyidul Am PAS hingga ke liang lahad.

Saya hanya melihat satu perkara, tindakan Nik Aziz ini sebenarnya menutup ruang bagi ulama-ulama muda yang lebih berkebolehan daripada dirinya. Secara halus, Nik Aziz sebenarnya tak mahu mengiktiraf kemampuan kumpulan muda dalam PAS untuk menerajui kepimpinan tertinggi parti. Begitu juga halnya dengan ulamak-ulamak tua PAS. Semuanya takut dengan realiti bahawa mereka itu sudah tua dan semakin tak relevan bagi parti.

Sebab itulah golongan ulama muda dinafikan haknya di dalam PAS. Dan ini menjadi sebab utama golongan ini beralih kepada UMNO yang dilihat mengamalkan kepimpinan yang lebih terbuka dan lebih menghargai kemampuan mereka.

Walaupun UMNO di lihat sebagai parti yang tak begitu agresif bercakap tentang Islam, namun UMNO kini telah menjadi satu-satunya parti yang menyediakan wadah terbaik bagi golongan ulama muda ini berjuang menyampaikan dakwah mereka. Ini kerana, di dalam UMNO, ruang untuk berdakwah tidak dibataskan dan bukan menjadi hak ekslusif sesiapapun.

Apa yang saya harapkan, dengan penyertaan kumpulan ulama muda ini kedalam UMNO akan dapat menguatkan parti memperjuangkan nasib agama, bangsa serta tanahair.

Agenda penyatuan bangsa melalui cadangan kerajaan perpaduan UMNO/PAS ditolak mentah-mentah oleh Nik Aziz dan kumpulan pemimpin anti perpaduan dalam PAS. Kononnya kerana UMNO tak sesuai untuk golongan ulama. Namun senario kemasukan ulama-ulama muda ini ternyata membuktikan PAS telah membuat tanggapan yang salah.

Kini, pemimpim-pemimpin dalam PAS harus menyedari bahawa kemasukan kumpulan ulama muda ini sebenarnya menjadi petanda awal kebangkitan kembali UMNO untuk menuju semula ke zaman kegemilangannya.

Biarpun UMNO dilabel dengan tuduhan membawa semangat assobiyah melampau oleh PAS, namun UMNO sebenarnya lebih relevan dari PAS didalam memperjuangkan agama di negara ini.
0 Komentar untuk "Baru 40 Ulama' Masuk UMNO dah Riuh Sekampung"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI