GLOBAL : JUMAAT 14 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : JUMAAT 14 OGOS 2009


Taiwan hantar 4,000 askar tambahan
CISHAN, Taiwan 13 Ogos – Tentera Udara Taiwan hari ini menghantar 4,000anggota tambahan untuk membantu menyelamatkan mangsa tanah runtuhakibat taufan Morakot di perkampungan di kawasan pergunungan.

Tentera Filipina alami kekalahan teruk
MANILA 13 Ogos - Tentera Filipina mengalami kekalahan teruk dalamserangan ke atas militan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda disebuah pulau di selatan negara ini hari ini, mengakibatkansekurang-kurangnya 23 askar dan 31 militan terkorban.

Polis temui tempat sembunyi bahan buat bom
JAKARTA 13 Ogos - Pihak berkuasa telah menemui tempat persembunyianbaru bahan kimia untuk menghasilkan bom dalam siasatan berhubunginsiden pengeboman berani mati yang melibatkan dua hotel mewah di ibunegara Indonesia ini pada 17 Julai lalu.

Taliban, prokerajaan bertempur
DERA ISMAIL KHAN, Pakistan 13 Ogos - Pertempuran sengit antara pejuangTaliban di Pakistan dengan pengikut seorang panglima perang prokerajaanmenyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh.


Pengebom Pan Am akan dibebas?
LONDON 13 Ogos - Pengebom Lockerbie, Abdelbaset Ali Mohmet al-Megrahiyang menghidap kanser prostat akan dibebaskan dari sebuah penjara diBritain atas dasar perikemanusiaan.

Oscar Arias semakin pulih
SAN JOSE 13 Ogos - Presiden Costa Rica, Oscar Arias yang juga pemenangHadiah Nobel Keamanan dan perunding krisis politik di Honduras kinidalam keadaan baik selepas dijangkiti virus selesema babi.

Penunjuk perasaan, polis bertempur
TEGUCIGALPA, Honduras 13 Ogos - Penyokong Presiden yang digulingkan,Manuel Zelaya bertempur dengan polis di ibu negara Honduras inisemalam, dan bertindak menyerang Naib Presiden Kongres.

EU perluas sekatan
BRUSSELS 13 Ogos - Kesatuan Eropah (EU) hari ini mengumumkan langkahmengenakan sekatan yang lebih luas ke atas Myanmar, yang turut meliputisekatan ke atas anggota badan kehakiman yang bertanggungjawab membuatkeputusan dalam perbicaraan Aung San Suu Kyi.

Putera William belum tetap tarikh kahwin
LONDON13 Ogos - Putera William tidak akan melangsungkan perkahwinan denganteman wanitanya Kate Middleton pada tahun depan kerana terlalu sibuk.

Anna Faris berkahwin
LOS ANGELES 13 Ogos - Bintang popular The House Bunny, Anna Faris telahmelangsungkan perkahwinannya dengan pelakon Chris Pratt pada 9 Julailalu di Bali.

Penunggang basikal bawa buaya
BOUTTE, Lousiana 13 Ogos - Seorang penunggang basikal, Terron D. Ingrambertindak meletakkan seekor buaya sepanjang tiga kaki di atas bahunyabertujuan untuk menarik perhatian.






Tutup aurat tak boleh masuk kolam
PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorangwanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itukerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh.

67 askar AS di Iraq kena H1N1
BAGHDAD:Bilangan askar Amerika Syarikat yang disahkan kena jangkitan selesemababi (H1N1) mencecah 67 orang, kumpulan terbesar dijangkiti ketika kesitu dilaporkan terus merebak dan meningkat di beberapa negara lain.

Noordin mungkin pakai burqa
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mungkin perlu memeriksa orang bertudung kepalaatau pemakai burqa ketika memburu suspek pengganas paling dikehendakidi negara itu, Noordin M Top. Ini kerana Noordin mungkin menyamardengan memakai pakaian wanita itu, kata bekas seorang pemimpin kananJemaah Islamiah (JI), semalam.

J-Lo tidak mahu bedah plastik
LOSANGELES: Penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez, 40, berkata beliau tidakakan menjalani pembedahan plastik untuk memperbaiki bentuk tubuhnyaselepas melahirkan sepasang anak kembar tahun lalu.

Dua letupan bom gegar kubu Taliban
KABUL:Dua lagi letupan bom menyebabkan 14 orang awam Afghanistan terkorban,11 daripada mangsa adalah anggota satu keluarga dianggap cubaan pihaktertentu menakut-nakutkan penduduk daripada mengundi pada pilihan rayaumum, minggu depan.

Tentera Filipina gempur kubu pemisah Abu Sayyaf bertempur
ZAMBOANGA:Sekurang-kurangnya 23 askar kerajaan dan 20 anggota militan Abu Sayyafterbunuh apabila tentera menyerbu sebuah kem latihan yang dikendalikankumpulan itu di selatan Filipina, semalam.
0 Komentar untuk "GLOBAL : JUMAAT 14 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI