JENAYAH & MAHKAMAH : ISNIN 20 JULAI 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

JENAYAH & MAHKAMAH : ISNIN 20 JULAI 2009

Suspek ketua geng samun
KUALA LUMPUR 19 Julai - Penjenayah yang parah ditembak polis di TamanBangi Jaya, Semenyih dekat sini semalam, dipercayai ketua kumpulansamun bersenjata yang terlibat dalam 20 kes di Selangor dan Perakmembabitkan kerugian bernilai jutaan ringgit.

PPPIS, IRIMM buat aduan polis
KUALALUMPUR 19 Julai - Persatuan Pelindung Penguna Islam Selangor (PPPIS)dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini membuatlaporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Engberhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan menghina Islam baru-baruini.

Jurugambar akhbar nyaris dibelasah
MELAKA19 Julai - Seorang jurugambar akhbar tempatan di sini hampir dibelasahsekumpulan lima lelaki ketika menjalankan tugas di Jalan Tun Fatimah,Malim Jaya di sini awal pagi ini.

Suspek bunuh kanak-kanak dicari
LAHADDATU 19 Julai - Polis daerah ini meminta bantuan orang ramai untukmengesan seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu polismenyelesaikan kes bunuh kanak-kanak lelaki sehingga putus kepala disebuah rumah kongsi Ulu Tungku dekat sini pada Rabu lalu.

Restoran berahi: Dua wartawan disoal siasat
KUALALUMPUR 19 Julai — Dua wartawan sebuah akhbar tempatan yang seringmemaparkan isu sensasi dipanggil polis bagi memberi keterangan di IbuPejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berhubung laporan muka hadapanakhbar tersebut semalam yang bertajuk Restoran berahi .







Kelab gay diserbu polis, 32 ditahan
KUALALUMPUR: Sebuah kelab gay yang menjadi tumpuan lelaki yang mempunyaikeinginan pada kaum sejenis terutama pada hujung minggu diserbu polisdalam satu operasi di Jalan Yap Kwan Seng di sini, awal pagi semalam.

Peniaga diperdaya bomoh RM150,000
MIRI: Seorang peniaga kecil kerugian RM150,000 selepas diperdaya seorangbomoh yang mengaku mampu 'menarik' duit berjumlah lebih RM3 juta tanpamenyedari wang berkenaan sebenarnya ialah wang �neraka� yang dibakarketika majlis pengebumian kaum Cina.

Suami isteri cedera dicucuh pemetik api
JITRA: Sepasang suami isteri warga emas cedera dalam pergelutan dengan tigalelaki bertopeng yang memecah masuk rumah mereka di Kampung KelubiDalam dekat sini, awal pagi semalam, menyebabkan kerugian lebihRM10,000.

Perbicaraan Dr Ahmad Ramzi 27 September
KUALATERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menetapkan 27 Septemberdepan sebagai tarikh sebutan semula empat pertuduhan terhadapSetiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad RamziMohamad Zubir (kiri).

Empat GRO cedera jatuh bangunan
GEORGETOWN: Empat wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing, cedera selepasterjatuh dari tingkat satu sebuah pusat hiburan di Jalan PersiaranGurney di sini, ketika diserbu polis, malam kelmarin.
0 Komentar untuk "JENAYAH & MAHKAMAH : ISNIN 20 JULAI 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI