Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
MOHD Zaquan Adha (kiri) antara arkitek Negeri Sembilan kemenangan besar 5-1 ke atas Pulau Pinang, Sabtu lalu. |
Jurulatih skuad itu, Wan Jamak Wan Hassan, berkata rancangan itu perlu dilakukan dalam usaha memperkemaskan lagi skuad bimbingannya kerana menjangkakan tugas lebih mencabar bakal dihadapi sebaik saingan bersambung.
Menurutnya, Negeri Sembilan akan bertemu tiga pasukan yang dianggap pencabar terkuat saingan liga iaitu Selangor pada 15 Jun sebelum membuat perhitungan dengan Kedah dan Perlis.
"Kami perlu membuat persiapan lebih rapi dalam tempoh rehat ini dan ia suatu peluang yang perlu dimanfaatkan terutama dalam mengatasi setiap kelemahan bagi membolehkan pemain memberikan persembahan lebih cemerlang sebaik saingan bersambung nanti.
"Kami tidak akan berehat sebaliknya usaha memantapkan lagi pasukan akan terus dilakukan untuk memastikan matlamat memburu kejuaraan liga mampu direalisasikan dan saya berharap pemain terus memberikan fokus kepada matlamat itu," katanya.
Negeri Sembilan kini berada di tangga ketiga Liga Super dengan 33 mata di belakang Selangor dan Perlis yang masing-masing mengumpulkan 40 dan 38 mata.
Mengulas kemenangan besar 5-1 ke atas Pulau Pinang, Sabtu lalu, Wan Jamak berkata Negeri Sembilan sememangnya wajar memenangi perlawanan itu kerana keupayaan yang dimiliki pemain.
Baginya, kemenangan itu bukan saja dilihat dari segi kelebihan yang dimiliki anak buahnya beraksi di halaman sendiri tetapi sikap profesional pemain yang beraksi sebagai satu pasukan.
"Keadaan itu berbeza ketika mereka turun di Kuantan yang membawa kepada kekalahan tipis 0-1," katanya.
KL PLUS mahu tambah derita Kelantan lagi
KUALA LUMPUR - Pasukan berstatus kelab, KL PLUS bersedia menambah episod kekalahan Kelantan apabila kedua-dua pasukan itu sekali lagi bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Pengurus KL PLUS, Husni Md Yusof berkata, setelah menewaskan Kelantan 2-0 juga pada saingan Liga Super Sabtu lepas, pemain-pemainnya kini berkeyakinan tinggi untuk mengulanginya.
"Moral pemain-pemain kini sangat tinggi untuk meneruskan rentak kemenangan sekaligus meraih tiga mata lagi walaupun sedar Kelantan merupakan satu pasukan yang bagus," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Untuk rekod, perlawanan itu sepatutnya berlangsung pada 3 Januari lepas sebagai perlawanan pertama namun terpaksa dibatalkan setelah Kelantan didakwa gagal menyediakan venue yang baik di Stadium Sultan Muhammed IV.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kemudiannya bertindak memberikan kemenangan percuma 3-0 berpihak kepada KL PLUS namun menarik balik keputusan itu.
Sejak awal bulan ini, Kelantan, yang juga merupakan naib juara Piala FA, tewas lima perlawanan berturut-turut, dilaporkan berpunca daripada keletihan pemain-pemain yang terpaksa melalui perjalanan jauh akibat pengantungan Stadium Sultan Muhamme IV oleh FAM.
Mengenai spekulasi KL PLUS disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Husni berkata sebenarnya pihaknya yang meminta siasatan itu dilakukan.
"Siasatan SPRM dilakukan sejak sebulan lepas dan setakat ini belum ada apa-apa mengenainya dan kita cuba melihat perkara ini daripada sudut positif," katanya.
KL PLUS yang dibimbing oleh Mat Zan Mat Aris kini menduduki tangga ke-11 Liga Super dengan hanya mencatatkan lima kemenangan daripada 16 perlawanan yang diharungi. - BERNAMA
0 Komentar untuk "SUKAN : SELASA 26 MEI 2009 - LIGA SUPER"