SUKAN : SELASA 19 MEI 2009 ( KEPUTUSAN LIGA PERDANA ) - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SUKAN : SELASA 19 MEI 2009 ( KEPUTUSAN LIGA PERDANA )

Harimau Muda lebar penguasaan

Dua pemain Felda United, Rashid Mahmud (kanan) yang patah tangan dan Mohd. Khairul Anuar Jamil yang cedera teruk di bahagian lutut terpaksa dikejarkan ke hospital di pertengahan babak pertama ketika menentang T-Team di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam tadi.


KUALA LUMPUR - Skuad bawah 19 tahun negara, Harimau Muda membuka tirai saingan pusingan kedua Liga Perdana dengan mengukuhkan kedudukan di puncak liga selepas menang tipis 1-0 ke atas Sabah di Stadium Likas, semalam.

Jaringan tunggal perlawanan menerusi Abd. Shukor Yusof (m-90) cukup untuk meletakkan Harimau Muda kini selesa mengatasi Johor dengan enam mata.

Johor tidak turun beraksi semalam tetapi memiliki kurang satu perlawanan berbanding Harimau Muda yang sudah mengumpul 37 mata daripada 13 perlawanan.

T. Team pula berpesta gol ketika menewaskan Felda United 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga liga.

Hairuddin Omar melakukan hatrik pada minit ke-3, 63 dan 78 manakala satu lagi gol dijaringkan Azrul Azran Amiruddin (m-75).

Namun perlawanan semalam dihiasi insiden patah tangan membabitkan pemain Felda, Rashid Mahmud pada minit ke-16.

Rashid bersama rakan sepasukan, Khairul Anuar Jamil yang cedera teruk di kaki terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Kuala Lumpur pula mengekori rapat di tangga keempat selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas SDM Kepala Batas di Stadium KLFA, Cheras.

Turut mencatat kemenangan ialah Proton FC yang menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Sarawak.

Kemenangan itu membolehkan Proton melonjak dari tangga ketujuh ke tangga kelima.

Kejayaan Proton itu turut dibantu kegagalan PKNS memungut tiga mata apabila diikat 1-1 oleh Shahzan Muda di Stadium Petaling Jaya.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula mencipta kemenangan kedua mereka musim ini selepas menewaskan Melaka 3-1 di tempat lawan iaitu Stadium Hang Tuah.






Harimau Muda kukuh cengkaman liga
Oleh Azrone Sarabatin, Hamid Salleh dan M Hifzuddin Ikhsan
bhsukan@bharian.com.my

SKUAD Harimau Muda terus memastikan rentak kemenangan di bawah pimpinan jurulatih baru mereka, Ong Kim Swee apabila kekal memimpin kancah saingan Liga Perdana dengan kemenangan 1-0 ke atas Sabah, malam tadi.

Dalam saingan di Stadium Likas, Harimau Muda terpaksa menunggu sehingga ke masa kecederaan untuk memecah gawang yang dikawal ketat oleh penjaga gol tuan rumah, Harold John.

Ketika serangan bertali arus pelawat kian ganas, Abdul Shukur Jusoh, akhirnya muncul wira apabila larian solonya dari luar kotak penalti disusuli tendangan kencang ke sudut kiri gawang, menewaskan Harold.

Harimau Muda seharusnya sudah menjaringkan gol seawal minit ke-9, namun Harold cemerlang menepis bola keluar hasil tendangan percuma yang diambil oleh Mohd Fandi Othman.

Pada minit ke-45, Harold sekali lagi berjaya menepis bola ketika dalam kedudukan satu lawan satu dengan Ahmad Aminuddin Sharuddin dan dia sekali lagi menyelamatkan gawangnya pada minit ke-84, menafikan cubaan Gary Stevan Robbat.

Di Stadium Negeri Kuching, Sarawak gagal menyempurnakan peluang bermain di gelanggang sendiri apabila tewas kepada Proton FC 1-2. Gol pelawat dijaringkan oleh Mohd Zamri Hassan pada minit ke-45 dan Harizul Izwan Abd Rani (m-56).

Sarawak, bagaimanapun mendapat gol sagu hati apabila Joseph Kallang Tie, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64.

Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abdin, pasukan T-Team berpesta jaringan menewaskan Felda United, 4-0, dengan Hairudin Omar melakukan jaringan hatrik pada minit ke-3, 63 dan 78. Azirul Hazran Amiludin turut mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-74.

Keputusan lain menyaksikan Melaka tewas kepada Tentera 3-1, Kuala Lumpur menewaskan SDM Kepala Batas 2-0 dan PKNS seri 1-1 dengan Shahzan Muda.
0 Komentar untuk "SUKAN : SELASA 19 MEI 2009 ( KEPUTUSAN LIGA PERDANA )"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI