SUKAN : RABU 13 MEI 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SUKAN : RABU 13 MEI 2009

Kedah lonjak tangga ke-3
Oleh Harris Rajahdin, Bashah Zainol Abidin dan Amin Ridzuan Ishak
bhsukan@bharian.com.my



PEMAIN KM Naza, Liew Kit Kong (tengah) cuba melepasi penjaga gol KL Plus,
Mohd Amirol Jaihan pada perlawanan Liga Super di Stadium Darulaman,
malam tadi.



Kelantan sia-sia peluang baiki posisi liga tewas kepada Johor FC

KELANTAN mensia-siakan kelebihan satu daripada dua perlawanan dalam tangan yang dimiliki apabila tewas 1-2 kepada Johor FC, sekali gus membolehkan Kedah yang mengalahkan Pulau Pinang dengan jaringan sama, melonjak ke tempat ketiga, malam tadi.

Kemenangan skuad Hijau Kuning itu membolehkan mereka merampas tempat Negeri Sembilan - yang bersama Perlis dan Selangor tidak beraksi malam tadi - sambil menolak pasukan itu ke tempat keempat diikuti Kelantan.

Di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Johor FC bangkit daripada ketinggalan 1-0 menerusi gol Mohd Nor Farhan pada minit ke-23, untuk menang hasil jaringan Azizan Baba yang bijak meloloskan diri dalam kotak penalti untuk meledakkan rembatan melepasi Mohd Shahrizan Ismail tujuh minit sebelum rehat.

Azizan menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan gol kedua pada minit-60 untuk memastikan Johor FC mengutip tiga mata.

Di Stadium Darulaman, KM Naza meraih tiga mata berharga selepas menundukkan KL Plus 2-0 menerusi dua jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli, masing-masing pada minit keempat dan 87.




Di Stadium Batu Kawan, pelawat membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi Mohd Khyril Muhymeen sebelum S Thinagaran menghukum kealpaan pertahanan lawan bagi menyumbang gol penyamaan tuan rumah.

Gol kemenangan skuad Hijau Kuning hadir pada minit ke-75, selepas pemain gantian, Mohd Azrul Ahmad yang masuk tidak sampai seminit, menyumbang gol kedua pasukannya apabila menanduk masuk hantaran lintang Mohd Azrul Ahmad bagi menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Faizul Yusoff.




Johor FC terus sekat hajat Kelantan

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


KUALA LUMPUR - Badi di Stadium Nasional Bukit Jalil terus menghantui Kelantan apabila terus gagal mencatatkan kemenangan buat kali ketiga-tiga berturut-turut apabila tewas 1-2 ke atas Johor FC dalam saingan Liga Super semalam.

Pada minit ke-15, Kelantan cuba melakukan serangan dengan ketua pasukannya Mohd. Badri Mohd. Radzi melakukan hantaran lintang dari sebelah kiri ke arah Mohd. Nizab Ayub dan Norfarhan Mohamad tetapi penjaga gol Johor FC, Mohd. Anis Faron berjaya memintas hantaran tersebut.

Johor FC cuba untuk menguji gawang Kelantan yang dikawal Sharizan Ismail apabila pemain tengah mereka, Christopher Mousa melakukan rembatan dari jarak 25 meter namun berjaya ditangkap kemas Sharizan.

Tersentak, Wira Merah melakukan beberapa serangan sehinggalah mereka memperoleh gol pertama di minit 23 hasil sepakan percuma Badri disudahkan dengan rembatan deras Nizab.

Gol itu tidak mematah semangat Skuad Lebah yang terus melakukan serangan dan hampir menjaringkan gol penyamaan di minit ke-34 apabila hantaran pendek Mohd. Nurul Azwan Roya ke dalam petak penalti gagal disudah kemas Ezaidy yang menyungkit bola keluar tatkala Sharizan sudah tertewas.

Johor FC akhirnya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-38 melalui rembatan Azizan Baba di dalam petak penalti.

Azizan menambah gol peribadinya di minit ke-58 hasil rembatan deras dari dalam petak penalti melalui hantaran kemas Mohd. Ezaidy Khadar.

Pada minit ke-81, pasukan Wira Merah memperoleh satu lagi peluang untuk menyamakan kedudukan apabila dianugerahkan sepakan percuma di hadapan petak penalti Johor FC, namun sepakan yang diambil Badri sekadar melewati palang gol.

Dalam pada itu, Kuala Muda Naza berjaya melonjak naik tiga kedudukan ke tangga keenam carta Liga Super selepas berjaya menewaskan Kuala Lumpur Plus 2-0 di Stadium Darulaman malam tadi.

Kelab dari Kedah itu bijak membaiki kedudukan dengan menggunakan kelebihan ketika hanya tiga perlawanan yang dilangsungkan.

Berbekal misi untuk mengembalikan rentak kemenangan, KM Naza yang dibarisi pemain berpengalaman seperti Liw Kit Kong dan Akmal Rizal Rakhli, lebih agresif mengatur serangan sejak awal perlawanan.

Usaha kesebelasan tuan rumah tidak berpanjangan apabila Akmal berjaya membuka jaringan seawal minit ke-3 dengan menanduk masuk bola hantaran lintang Mohd. Saiful Azrin.

Tersentak dengan jaringan tersebut, anak didik Mat Zan Mat Aris bangkit mengasak kubu lawan.

Skuad KL PLUS hampir menyamakan kedudukan ketika dihadiahkan penalti setelah Roshidi Samsuddin dijatuhkan oleh pertahanan KM Naza, Azizi Mat Rose namun sepakan penalti yang diambil Tengku Hasbullah Raja Hasan hanya singgah di tiang gawang tuan rumah.

Bagi mengesahkan KM Naza pulang dengan tiga mata penuh, Akmal menggandakan kedudukan pada minit ke-87 dengan melakukan rembatan dari luar kotak penalti.

Kedudukan yang mematahkan semangat pasukan lawan itu kekal hingga tamat permainan.

Sementara itu di Stadium Batu Kawan, pasukan Kedah mencatat kemenangan 2-1 ke atas Pulau Pinang menerusi jaringan Mohd. Khyril Muhymeen minit ke-20 dan Mohd. Azrul Ahmad minit ke-75, manakala gol skuad Pulau Mutiara disumbangkan oleh S. Thinagaran.
0 Komentar untuk "SUKAN : RABU 13 MEI 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI