SUKAN : KHAMIS 21 MEI 2009 - LIGA SUPER - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SUKAN : KHAMIS 21 MEI 2009 - LIGA SUPER

Tanda positif Pahang akan bangkit: Dollah

Oleh Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my

EPISOD duka yang dihadapi skuad Pahang diharap berakhir selepas aksi cemerlang ketika membenam Negeri Sembilan 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darulmakmur, kelmarin.

Harapan itu diluahkan jurulatih skuad itu, Dollah Salleh selepas menyaksikan pemainnya berjaya menidakkan peluang skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan untuk membawa pulang sebarang mata.

Dollah berkata, berdasarkan persembahan yang dipamerkan kelmarin, ia adalah petanda positif buat Pahang untuk bangkit selepas aksi hambar hingga menduduki tangga kedua tercorot liga.

Katanya, sudah tiba masanya pemain berada pada kedudukan selesa kerana corak permainan mereka sebenarnya tidak jauh ketinggalan berbanding dengan lawan yang lebih berpengalaman.

"Pemain sebenarnya mampu melakar kejayaan. Tapi, kegagalan mengawal rentak permainan dan sedikit kealpaan memberi lawan kemenangan,” katanya.

Mengulas kemenangan ke atas Negeri Sembilan, Dollah berkata, kejayaan itu lebih kepada semangat berpasukan yang dipersembahkan pemainnya yang tidak mengenal erti putus asa.

Katanya, kesebelasan utama yang pertama kali diturunkan banyak membantu menyekat kegarangan lawan terutama persembahan bertenaga pada babak kedua perlawanan.

"Ia dibuktikan dengan kejayaan menjaringkan gol tunggal menerusi Mohd Azamuddin Akil ketika Pahang begitu terdesak memungut tiga mata berharga," katanya.

Namun, kemenangan itu belum menjamin kedudukan selesa Pahang kerana masih berada di tangga ke-13 daripada 14 pasukan yang bertanding dengan mengumpul 11 mata, hasil daripada tiga kemenangan dan dua seri.
0 Komentar untuk "SUKAN : KHAMIS 21 MEI 2009 - LIGA SUPER"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI