LIGA SUPER : Nizaruddin, Fauzie jadi sandaran Singa Utara - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

LIGA SUPER : Nizaruddin, Fauzie jadi sandaran Singa Utara

Nizaruddin, Fauzie jadi sandaran Singa Utara

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my

KAPTEN pasukan, Mohd Fauzie Nan dan penjaring terbanyak, Mohd Nizaruddin Yusoff menjadi sandaran Perlis untuk memburu kemenangan apabila menentang Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Darulaman, esok.

Penolong jurulatih, Azamri Zali berkata, pengalaman Fauzie yang juga bekas ketua pasukan Kedah diharap dapat memastikan pertahanan pasukan benar-benar mantap berdepan cabaran pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah itu.

Pada masa sama, skuad Singa Utara itu mengharapkan sentuhan penyudah Nizaruddin untuk memastikan mereka dapat pulang dari Alor Setar dengan tiga mata.

“Saya percara Nizaruddin pasti akan dikawal ketat lawan tapi percaya dia masih berkeupayaan untuk menggegar jaring tuan rumah nanti," katanya.

Azamri turut mengharapkan pemain lain yang rata-ratanya berusia antara 18 dan 25 tahun mampu menampilkan semangat juang tinggi dan persembahan berkualti.

Antara pemain itu adalah penjaga gawang, Mohd Farizal Marlias, Amzar Junaidi Abd Jalil dan Mazlizam Mohamad (pertahanan), Azi Shahril Azmi, Amar Rohidan, Mohd Syazwan Zainol (tengah) dan penyerang, Mohd Firdauz Faudzi.

"Kami sudah mengingatkan pemain bahawa perlawanan menentang Kedah, malam esok bukan sesuatu yang mudah kerana lawan pasti akan memberikan tentangan sengit.

"Oleh itu, siapa saja pemain yang dipilih bagi memikul tugas pada perlawanan itu nanti, mesti bersedia daripada segi fizikal dan mental bagi memastikan impian mengutip mata menjadi kenyataan," katanya.
0 Komentar untuk "LIGA SUPER : Nizaruddin, Fauzie jadi sandaran Singa Utara"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI