Pimpinan Pas Kota Raja pula letak jawatan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pimpinan Pas Kota Raja pula letak jawatan

KLANG - Ahli Parlimen Kota Raja yang juga Naib Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud antara 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Kota Raja yang mengumumkan peletakan jawatan secara rasmi dan menyertai gerakan Harapan Baharu (Harapan Baru) dalam satu Sidang Media di Pejabatnya, di Taman Sentosa, Kota Raja di sini hari ini.

Selain Siti Mariah, YDP Pas Kawasan Kota Raja, Jaafar Shamsuddin dan Timbalan YDP, NorHalim Sirome turut meletak jawatan.

Jaafar berkata, peletakan jawatan itu turut melibatkan sembilan Ketua Pas Cawangan daripada 38 Cawangan Pas beserta AJK Cawangan di kawasan Kota Raja.

Menurutnya lagi, kesemua 22 ketua cawangan dan AJK cawangan dalam Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) turut mengambil langkah yang sama.

"Mengambil kira jumlah AJK Pas kawasan, AJK cawangan, DHPP serta sub komiti ia melibatkan kira-kira 183 orang menyertai Harapan Baru pada kali ini.

"Kami memilih Harapan Baru sebagai langkah untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan bagi seluruh rakyat di kawasan ini.

"Kami menyahut saranan atau arahan pimpinan agar semua ahli yang hendak bergerak atas wadah baru perlu meletak jawatan," katanya.

Menurutnya, dengan penuh rasa tanggungjawab pihaknya dan kesemua terlibat merasakan peletakan jawatan ini bagi memudahkan AJK yang masih bersama Pas dapat menjalankan tugas atau aktiviti di sini.

"Kami ingin pastikan bahawa kehadiran Harapan Baru Kota Raja adalah bagi meneruskan perhubungan bersama rakan-rakan PKR-DAP dan semua kaum sesuai dengan kehendak Islam.

"Kami tak bermusuh dengan Pas malah mereka adalah sahabat dan kami sentiasa buka ruang persahabatan untuk merapatkan ukhwah," katanya.

0 Komentar untuk "Pimpinan Pas Kota Raja pula letak jawatan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI