Sikap Hadi Memusnahkan Pakatan - Kit Siang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Sikap Hadi Memusnahkan Pakatan - Kit Siang

PETALING JAYA: Sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membuat penyelesaian sendiri telah memusnahkan Pakatan Rakyat, walaupun beliau menegaskan bahawa gabungan itu masih belum berkubur, dakwa Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Veteran parti itu berkata Hadi telah membuat keputusan melanggar konsensus dan rangka kerja polisi bersama Pakatan dan yang menjadi dua tiang yang mengawal pakatan pembangkang.

"Saya berasa pelik bila Hadi mendakwa Pakatan tidak mati apabila, pada tahun lepas, beliau telah secara bersendirian memusnahkan Pakatan dengan melanggar konsensus dan rangka kerja polisi bersama Pakatan, dua tiang yang mengawal kejayaan PR dalam pilihan raya umum ke-13, di mana tanpanya, memang tidak wujud Pakatan Rakyat," kata Kit Siang dalam satu kenyataan, Sabtu.

Hadi, pada Jumaat menegaskan bahawa Pakatan masih hidup, dan berkata DAP tidak mempunyai hak untuk menyebut bahawa gabungan itu tidak lagi wujud.

Bercakap kepada pemberita di kediamannya di Terengganu, presiden PAS itu berkata tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai pembubaran Pakatan oleh DAP, dan mendakwa rakan-rakan sekutunya bertindak tergesa-gesa kerana tidak memahami makna pakatan.

Walau bagaimanapun, Kit Siang berkata beliau tidak mempunyai kepentingan untuk campur tangan dalam percanggahan pandangan beberapa pemimpin PAS berhubung status pakatan pembangkang.

"Memandangkan kepimpinan PAS yang baharu dilihat seolah-olah bertelagah antara satu sama lain sama ada usul pada Muktamar PAS telah membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat, saya tidak mempunyai kepentingan campur tangan dalam perbezaan tafsiran mereka," kata Ahli Parlimen Gelang Patah.

Kit Siang merujuk kepada kenyataan Dewan Ulama PAS sebelum ini di mana Datuk Dr Mahfodz Mohamed seolah-olah bersetuju bahawa Pakatan telah dibubarkan.

Mahfodz dipetik sebagai berkata bahawa dia tidak menyesal dengan usul muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP, walaupun ia telah menyebabkan pembubaran Pakatan.

0 Komentar untuk "Sikap Hadi Memusnahkan Pakatan - Kit Siang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI