Pulau Pinang tunjuk bukti pembangunan bukan punca banjir - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pulau Pinang tunjuk bukti pembangunan bukan punca banjir

Pembangunan di Pulau Pinang, termasuk projek bangunan pencakar langit sekitar pulau itu, dan banjir kilat di George Town awal bulan ini, menjadi umpan politik pihak lawan menyerang kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan, pengurusan trafik, dan tebatan banjir Chow Kon Yeow berkata, pembangunan berlebihan bukan puncanya, kerana hanya sebilangan kecil projek yang baru diluluskan sudah dimulakan.

Sejak 2008 sehingga bulan ini, hanya 111 daripada 1,323 projek baru yang diberi kebenaran merancang, mendapat permit untuk memulakan kerja, katanya.

"Ia tak sampai 10% daripada projek baru yang diberi kebenaran merancang.
Pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan, pengurusan trafik, dan tebatan banjir Chow Kon Yeow berkata, pembangunan berlebihan bukan punca banjir di Pulau Pinang kerana hanya sebilangan kecil projek yang baru diluluskan sudah dimulakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 22 Oktober, 2014.
Pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan, pengurusan trafik, dan tebatan banjir Chow Kon Yeow berkata, pembangunan berlebihan bukan punca banjir di Pulau Pinang kerana hanya sebilangan kecil projek yang baru diluluskan sudah dimulakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 22 Oktober, 2014.
"Bagaimana Pulau Pinang boleh ada lebih banyak pembangunan di bawah PR yang baru memerintah enam tahun berbanding Barisan Nasional (BN) yang memerintah berpuluh tahun?"

Sebaliknya, dari tahun 2000 hingga 2007 ketika pemerintahan BN, kerja pembinaan sudah bermula untuk 441 projek daripada 1,272 yang menerima kebenaran merancang, katanya.

Menurut Ahli Majlis Pulau Pinang (MPPP) itu, kebanyakan projek yang memulakan ialah pada 2001 (81), 2005 (70) dan 2007 (68) ketika di bawah BN.

Sejak PR mengambil alih pada 2008, kurang daripada 20 projek dimulakan setiap tahun, kata Chow, kecuali pada 2009 apabila 38 projek memulakan kerja pembinaan.

Jumlah paling rendah adalah pada 2011 dengan hanya dua projek, dan empat projek tahun ini sehingga Oktober.

"Saya tidak nafikan meratakan bukit boleh menyebabkan banjir, tetapi meletakkan terlebih pembangunan sebagai satu-satunya punca banjir tidak menggambarkan masalah sebenar," kata Chow pada Isnin.

Sampah bukan punca banjir

Setiausaha MPPP Ang Aing Thye menafikan sampah yang tidak dikutip menyebabkan banjir kilat pada 3 Oktober yang melanda Jalan Scotland, Jalan Transfer, Jalan Macalister, Jalan Gurdwara, Jalan Anson, Jalan Mount Erskine, dan Jalan P. Ramlee, di mana air naik hingga ke paras pinggang.

Beliau berkata, jika sampah berkumpul di saluran air merupakan puncanya, banjir kilat pasti berlaku meskipun hujan turun dalam jumlah yang sedikit.

"Ia bukan sebab sampah. Ini menunjukkan kempen kebersihan kita berkesan," katanya.

MPPP dan pihak berkuasa negeri turut melaksanakan pembangunan terkawal dan sistem perparitan bagi menangani kebarangkalian banjir, namun Chow berkata, penekanan diberikan kepada Zon Bebas Industri (FIZ) di Bayan Lepas bermula 2000 hingga 2010.

Oleh sebab itu, kawasan bandar George Town menjadi terbiar, sehingga 2011, apabila pihak berkuasa tempatan memulakan kerja menaik taraf sistem perparitan, kata Chow.

Disebabkan kepentingan FIZ, terdapat empat projek pembaikan sistem perparitan di sana antara 2000 hingga 2008 yang menelan belanja RM24.9 juta – tiga daripadanya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan satu bernilai RM11.3 juta oleh MPPP.

Sementara di George Town, 27 projek tebatan banjir dan perparitan dirancang dan dilaksanakan daripada 2008 hingga 2014, dengan perbelanjaan RM27.9 juta.

Projek berkenaan termasuk pemasangan perangkap sampah, pembersihan parit monsun, menaik taraf parit-parit lain dan pembinaan parit baru.

Tahun ini, Chow berkata, lebih banyak projek menaik taraf sistem perparitan di George Town dimulakan dengan sebahagiannya hampir siap, sementara satu di Jalan Transfer dan Lorong Hutton akan bermula pada Januari.

Beliau berkata, kebanyakan projek dijalankan di kawasan yang dikesan selalu mengalami banjir kilat seperti Jalan Macalister, Jalan Anson, Lebuh Pasar, Jalan Transfer, Jalan Logan, Lorong Hutton, Jalan Besi, Jalan Residensi, Jalan Sepoy Lines, Lebuhraya Pykett, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Taman Lumba Kuda dan Jalan P. Ramlee.

Chow berkata kerajaan negeri mengarahkan MPPP menambah peruntukan untuk kerja-kerja tebatan banjir dan pembaikan perparitan. – 22 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pulau-pinang-tunjuk-bukti-pembangunan-bukan-punca-banjir#sthash.hr1WbSUr.dpuf
0 Komentar untuk "Pulau Pinang tunjuk bukti pembangunan bukan punca banjir "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI