ISU mengenai pekerja asing kini semakin mendapat perhatian umum kerana kebanjiran mereka bukan saja menafikan hak dan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan, bahkan menimbulkan pelbagai implikasi sosial. Keadaan itu bertambah rumit dengan kehadiran sejumlah besar lagi kehadiran pendatang tanpa izin atau mereka yang tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan. Kita akui kemasukan pekerja asing turut membantu membangunkan ekonomi negara terutama dalam sektor perladangan dan pembinaan, namun kehadiran sesetengah daripada mereka membawa bersama-sama budaya sendiri yang tidak sesuai dengan budaya tempatan boleh menimbulkan kesan negatif hingga meresahkan rakyat negara ini. Justeru, apa juga langkah yang diambil kerajaan bagi menangani masalah ini sudah pastinya dialu-alukan. Rata-rata rakyat Malaysia sememangnya mengharapkan langkah tegas kerajaan. Pandangan yang sama turut disuarakan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lalu. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri turut melahirkan kebimbangannya dan meminta majikan supaya tidak terlalu 'ketagih' mengambil pekerja asing, sebaliknya berusaha meningkatkan keupayaan teknologi bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar. Justeru adalah menjadi tanggungjawab agensi kerajaan tertentu menetapkan satu peraturan supaya majikan mengiklankan keperluan pekerja dan mengutamakan rakyat tempatan sebelum membuka peluang kepada pekerja asing. Serentak itu, negara juga perlu menguasai dan menggunakan teknologi moden sejajar dengan langkah ke hadapan menjadi negara maju menjelang 2020. Kementerian Sumber Manusia juga perlu mengenal pasti kuota pekerja asing yang diperlukan dalam sektor tertentu saja dan selebihnya diisi pekerja tempatan.
Kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, kelmarin bahawa Akta Pekerja Asing akan diwujudkan tidak lama lagi sudah pasti melegakan banyak pihak. Bagaimanapun, peraturan baru itu sukar dilaksanakan sekiranya tidak diwartakan dan disusuli dengan tindakan perundangan. Sebelum ini kita tidak mempunyai akta khusus mengenai pekerja asing dan adalah diharapkan dengan kewujudan akta berkenaan, kemasukan pendatang asing dapat diatur dan dikawal lebih berkesan selain memberi layanan lebih komprehensif kepada mereka terutama dari segi prosedur penggajian, aduan dan perlindungan insurans. Kita berharap selepas ini tidak ada lagi majikan memberi perlindungan kepada pekerja asing tanpa izin. Kita juga tidak mahu mendengar ada pekerja asing ditipu dan tidak dibayar gaji oleh majikan yang terlalu mementingkan keuntungan. Perbuatan menipu dan menganiaya pekerja asing adalah satu tindakan yang mencabul hak asasi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan kerana ia boleh mencemarkan nama baik negara.
Kita akui, jumlah pekerja asing di negara ini sudah terlalu ramai. Sehingga 30 September lalu saja, 2.2 juta pekerja asing bekerja dalam pelbagai sektor di negara ini tidak termasuk kira-kira 500,000 warga asing yang dilaporkan masuk tanpa permit. Adalah diharapkan agensi kerajaan terbabit akan mengambil tindakan secara bersepadu dan tidak berlaku sebarang percanggahan dari segi tanggungjawab di antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam menangani isu itu. Malah, selain penggubalan undang-undang berkaitan pekerja asing, dasar tangkap dan hantar pulang pekerja asing tanpa izin mestilah dibuat secara berkala dan kerap. Perancangan teliti dan penguatkuasaan yang lebih berkesan dan mengelak daripada amalan sogokan mesti dijadikan budaya kerja.
BERITA INFORMASI TERKINI
Related Post
Kata Saya: Pindaan akta kanak-kanak biar berkesanOleh Norhayati Md Saidyatisaid@bharian.com.my JENAYAH terhadap kanak-kanak semakin …
Pembangunan Melayu, modal insan kupasan terbaikAPA pandangan Dr mengenai perhimpunan agung Umno tahun ini berbanding tahun sebelum ini? Perkara yang ketara dibincangka…
Jakarta tolak ‘pendatang’ sendiriDaripada: SOPHA SULAIMAN (JAKARTA) Jakarta kini bukan lagi tempat untuk penduduk dari desa mencari rezeki. Kota ini tida…
Penjelasan Presiden perkukuh kepemimpinanAhli Umno, rakyat perlukan persediaan minda tangani pelbagai cabaran 50 tahun akan datangKEDUDUKAN Umno sebagai parti te…
Analisis: Mesej jelas kemantapan perpaduan UmnoOleh Kadir DikohKETIKA bersalam dengan sebahagian perwakilan pada akhir Perhimpunan Agung Umno petang Jumaat lalu, Ketua…
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
PETALING JAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah ...
-
BAGAIKAN maksud peribahasa Melayu 'habis manis, sepah dibuang', DAP menunjukkan sikap cauvinis dan sosialisnya yang sebenar denga...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
GEORGE TOWN: Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan di...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
Islam, Kristian dan Yahudi adalah tiga agama Samawi yang sebenarnya mempunyai kepercayaan kepada Tuhan yang sama. Agama Yahudi menyebu...
-
SHAH ALAM: Penyanyi Siti Nordiana diumumkan sebagai juara program Gegar Vaganza musim kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandara...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Minda Pengarang: Akta Pekerja Asing perlu tindakan lebih tegas"