JOHOR BARU: Sultan Johor menetapkan sasaran untuk menjadikan Johor Baru sebagai bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, bandar di selatan tanah air itu bersedia untuk diperhebatkan kerana transformasinya yang pesat dan sebagai lokasi strategik bersebelahan dengan Singapura, yang tidak dinikmati negeri-negeri lain.
Baginda bertitah, dalam kebanyakan negara, sentiasa wujudnya dua bandar yang bersaing, dengan merujuk Beijing dan Shanghai, Melbourne dan Sydney, Rio de Janeiro dan Sao Paulo, serta New York dan Los Angeles.
"Johor berada dalam musim peralihan. Dengan pertumbuhan pesat, progesif dan strategik secara sosial, negeri ini mempunyai kedudukan yang baik untuk menjadi signifikan lebih besar dalam pengembangan negara keseluruhan.
"Rakyat Johor juga bersedia untuk memanfaatkan momentum bagi menjadikan JB sebagai bandar kedua di Malaysia.
"JB menyedari mengenai potensi ini dan kita percayai Kerajaan Persekutuan memahami mengenai keperluan untuk mengangkat JB ke peringkat lebih tinggi," titah baginda dalam satu temuramah.
Projek-projek yang menjadi pemangkin utama termasuk Pusat Perniagaan Antarabangsa Ibrahim (IIBD), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), Sistem Rapid Transit Johor Baru-Singapura (RTS Link) dan Dataran Mahkota, yang akan menjadikan JB mencapai status sebagai bandar raya kedua.
Beliau berkata daerah perniagaan itu bakal menjadi kompleks bernilai RM3 bilion yang dinamakan sebagai Dataran Mahkota. Ia akan dibina di tapak terminal lama bagi bas dan teksi, hanya kira-kira 500 meter dari hab pengangkutan bandar itu dan pusat pemeriksaan imigresen baharu di JB Sentral.
"Kesemua ini sejajar dengan visi saya untuk menjadikan Johor Baru sebagai hab kewangan," titah baginda.
Dataran Mahkota berkeluasan 2.6 hektar itu dinamakan sempena pertabalan Sultan Ibrahim bulan ini, akan meliputi apartment servis, sebuah menara pejabat, sebuah hotel, podium runcit, suite perubatan dan sebuah menara perbankan.
Tidak seperti hospital, kemudahan perubatan tersebut akan menawarkan perkhidmatan pesakit luar. Ia akan mempunyai perkhidmatan perubatan moden beserta rawatan tradisional seperti ayurveda dan akupunktur, dan akan dipasarkan kepada pesakit antarabangsa.
"JB terletak bersebelahan dengan salah satu metropolis yang paling maju dan membangun di dunia iaitu Singapura," titah baginda.
"Jika JB mahu dikenali sebagai sebuah bandar antarabangsa, maka ia harus bertindak dan berfikir seperti seorang pemain antarabangsa."
Baginda bertitah, terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah dewan konvensyen dan pameran di JB untuk bandar berkenaan menganjurkan pameran dagangan yang besar, sambil menambah baginda akan berusaha untuk mendapatkan lokasi yang sesuai bagi penganjuran konsert.
Apabila HSR diwujudkan, baginda bertitah, ia hanya akan mengambil masa kira-kira 90 minit bagi perjalanan dari KL ke JB.
"Kita mahu orang dari Lembah Klang dan Singapura datang ke JB menikmati banyak kemudahan yang kita sedang bina sekarang, dari taman tema sehingga ke 'premium outlet'. Johor mahu menjadikan lebih mudah untuk penganjur konsert mengadakan persembahan bertaraf dunia di sini kerana kita merupakan negeri yang progresif.
Sultan Ibrahim bertitah, perangkaan pelaburan terbaharu oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) mendedahkan bahawa Johor menguasai sebahagian besar daripada pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada 2015, sambil menambah dengan nilai keseluruhan 44 peratus, di mana jumlah keseluruhan RM30 bilion setakat September 2015 melibatkan 104 projek.
"Saya mahu jadikan JB sesuatu yang menarik dan menjadikan semua rakyat Johor berbangga dan mendapat motivasi. Ini adalah hasrat hari keputeraan saya untuk negeri ini," titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Johor turut bertitah mengenai baginda berbangga tentang negeri berkembang pesat dengan 17.7 peratus antara 2012 dan 2014, menjadikannya sebagai salah satu negeri yang berkembang paling pesat.
Baginda merujuk kepada isi rumah rakyat Johor berpendapatan sederhana yang memperoleh pendapatan RM5,197 pada 2014 dari RM3,650 pada 2012.
Menyentuh mengenai projek Forest City di Iskandar Malaysia, Sultan Ibrahim bertitah, ramai yang ragu-ragu mengenai kemampuan projek itu untuk disiapkan, tetapi ia kini menjadi realiti dengan menjadi salah satu pantai buatan manusia yang dibuka kepada umum.
"Tiada kelembapan ekonomi di Johor. Semuanya masih berkembang," titah baginda, sambil menambah projek berkenaan mewujudkan peluang perniagaan kepada rakyat tempatan.
Projek Forest City berkeluasan 1,386.05 hektar terdiri daripada empat pulau buatan manusia dan ia merupakan pembangunan usahasama antara Country Garden Holdings Co Ltd, pemaju hartanah tersenarai di Hong Kong bersama Esplanade Danga 88 Sdn Bhd di Johor.

0 Komentar untuk "Jadikan JB Bandar Kedua Terbesar Malaysia"