Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada mesyuaratnya 29 Januari lalu, bersetuju menyusun semula jawatan eksekutif MT dalam rangka memperkuatkan parti untuk mengharungi gelombang politik baharu yang semakin mencabar.
Antara jawatan yang terbabit dalam penyusunan itu ialah pertukaran penyandang jawatan Ketua Penerangan UMNO. Jawatan yang sebelum ini dipikul Datuk Ahmad Maslan sejak 2009, kini disandang Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, 60. Ahli Parlimen Ketereh ini boleh dianggap sebagai tokoh politik yang sudah masak dengan asam garam politik kerana sudah menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan dan parti tetapi sempat 'berehat sementara' sebelum membuat kemunculan semula pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 2013.
Ikuti temubual Wartawan BH Ahad, MOHD ANWAR PATHO ROHMAN bersama Annuar, berhubung pelantikan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu dan pendekatan yang mahu diterapkan bagi membantu UMNO menghadapi cabaran politik masa kini dan mendatang.
S: Pelantikan Tan Sri sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu, agak mengejutkan ramai pihak. Apa komen Tan Sri?
Annuar: Lazimnya pelantikan pegawai parti dibuat selepas pemilihan MT tetapi kali ini dibuat di pertengahan. Ya, saya tidak menduga akan berlaku perubahan susunan jawatan tertinggi parti. Pada masa sama, saya sememangnya Ahli MT. Sudah tentu perkara ini tidak ada dalam bayangan (fikiran) saya. Saya agak terperanjat kerana tidak ada sesiapa bagi petanda awal atau berbincang dengan saya sama ada saya bersedia atau sebagainya. Ia datang secara tiba-tiba, sebab itu saya terkejut dengan keputusan dibuat Presiden. Dalam parti, begitulah apabila diberi kepercayaan atau tanggungjawab, sudah tentu kita kena terima dengan hati terbuka dan mesti bersedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa.
S: Apakah prinsip Tan Sri terhadap jawatan yang baharu disandang ini?
Annuar: Kita tengok kadang-kadang orang terlupa yang Ketua Penerangan UMNO bukan kerajaan. Kita adalah parti. Kalau kita campur aduk, semua jadi keliru. Ada kala ketua penerangan mengeluarkan pendirian parti kerana parti bukan kerajaan. Parti boleh mengkritik kerajaan jika tidak bersetuju terhadap perkara tertentu. Kita tidak boleh hanya hendak 'lambung' dan bodek kerajaan. Kalau ada perkara dalam kerajaan yang parti rasakan tidak sesuai, parti kena bersuara. Kalau kita jadi kerajaan, ia menjadi tanggungjawab kolektif. Ini bahagian yang kita mesti jelas. Saya ketua penerangan kepada parti, tetapi saya juga wakil rakyat. Ada perkara dasar yang kita perlu pertahankan. Kalau bukan perkara dasar, ia boleh diperdebatkan dan kita perlu terima. Itu yang saya cuba kawal antara parti dan kerajaan agar ia dapat dibezakan.
S: Adakah Presiden dan MT ada memberi amanat tertentu kepada Tan Sri untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua penerangan yang baharu?
Annuar: Saya lihat sejak awal penubuhan UMNO, jawatan ketua penerangan sangat penting. Ia menjadi 'lidah parti' dan penghubung di antara parti, dan isu dihadapi parti dengan ahli serta masyarakat. Ketua penerangan juga bertindak sebagai jurubicara bagi pihak parti dengan ahli dan masyarakat. Oleh kerana perjalanan masa, suasana berubah dan tuntutan berubah. Isu dihadapi berubah, khalayak yang perlu dihadapi juga berubah. Hatta, lawan politik UMNO juga sudah berbeza dengan dahulu. Justeru, tugas ketua penerangan menjadi lebih mencabar untuk memastikan kesiapsiagaan kita bagi menghadapi persekitaran yang berubah supaya kita kekal relevan, efektif dan berkesan. Lebih-lebih lagi apabila UMNO adalah parti yang besar dengan ahli lebih tiga juta.
UMNO ada kira-kira 21,000 cawangan yang aktif, ahli yang ramai dan penjawat ketua penerangan empat peringkat di negeri, bahagian dan cawangan. Soalnya adakah mereka berfungsi dan berhubung antara satu sama lain. Adakah aliran maklumat itu berjalan. Kalau jumlah kuantiti ramai, apa pula kualitinya. Adakah command and control ini berkesan. Suasana berubah, maka saya fikir tidak boleh terburu-buru. Kena lihat senario politik, struktur apparatus yang ada, lihat tenaga kita dan misi yang kita bawa. Kalau hendak menjadikanya berkesan, jangan lihat ketua penerangan sebagai individu, tetapi struktur organisasi terancang.
Sekarang tidak boleh bekerja sendiri. Kalau dahulu, ketua penerangan jelajah dan ceramah satu negara, tapi sekarang tidak terkejar sebab maklumat datang dalam beberapa saat sahaja. Macam mana hendak balas dan jawab. Ini yang saya sedang teliti supaya dapat buat satu rangka kerja mengenai tindakan yang benar-benar berkesan. Saya percaya kepada sistem, bukan orang. Kalau ada sistem yang bagus, kita tidak akan bergantung kepada mana-mana personaliti yang pegang jawatan. Penekanan akan diberi kepada sistem dan ia memerlukan sedikit masa untuk diperkasakan.
S: Ada pihak mendakwa UMNO hari ini berada dalam kegawatan tersendiri. Benarkah apa yang berlaku dan apa tindakan jentera penerangan UMNO untuk memperbetulkan tanggapan ini?
Annuar: Saya rasa kita boleh (uruskan), tidak ada masalah. Yang penting buat apa yang kita fikir betul. Orang kata dalam politik hari ini, macam-macam berlaku, ia susah dan banyak tentangan tetapi bagi saya sebenarnya tidak. Perkara itu wujud sepanjang masa. Ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, cabaran yang datang bersesuaian pada waktu itu. Masalah serangan terhadap pemimpin parti sering berlaku.
Pada zaman Dr Mahathir awal 1980-an dan 1990-an, cabaran sebenarnya tidak kurang malah lebih mencabar berbanding dihadapi sekarang. Masa itu, banyak kontroversi berlaku seperti pertandingan merebut jawatan, kegawatan ekonomi dan krisis kepemimpinan. Pada masa pentadbiran Dr Mahathir, ramai pemimpin kanan digugurkan. Zaman Datuk Seri Najib sangat sedikit (digugurkan). Zaman Dr Mahathir banyak. Banyak menteri besar (MB) ditukar seperti di Selangor dan Kedah. Zaman Najib baru dua MB ditukar.
Kalau orang faham hal ini, ia bukan sesuatu yang luar biasa. Hatta zaman Dr Mahathir beberapa kali menukar Timbalan Perdana Menteri. Itu realiti politik. Pada saya kita tidak perlu rasa terlalu gawat. Ini proses perjalanan politik dan ia berterusan. Yang penting kebijaksanaan apabila berdepan situasi dalam parti. Ahli parti mesti disedarkan perkara ini. Ada orang kata situasi berlaku ini gawat sangat. Sebenarnya tidak. Kadang-kadang kita perlu ajak ahli parti melihat sejarah supaya tidak terlalu panik atau pendek akal bila berdepan kekusutan. Lumrah politik sentiasa begitu, dicabar dan berdepan tekanan tertentu.
S: Bermakna, memberi penjelasan kepada ahli akar umbi mengenai situasi yang berlaku dalam UMNO dan isu semasa akan menjadi keutamaan jentera penerangan UMNO selepas ini?
Annuar: Ya. Saya lihat ada beberapa perkara yang perlu orang UMNO fahami. Kalau kita hanya bertindak balas kepada isu semasa, ia akan terus wujud. Cuma ia berubah. Ia datang dan pergi. Tidak akan habis. Kalau kita sekadar hendak terangkan sesuatu isu, kita akan keletihan sendiri. Antara perkara yang hendak saya terapkan ialah dengan memberikan tarbiah kepada ahli UMNO. Ia akan menjadi sebahagian perkara penting dalam gerakan penerangan. Mereka perlu ditarbiah dengan pengisian jiwa, kefahaman terhadap dasar dan falsafah perjuangan parti. Saya pernah menyentuh isu ini ketika menjadi jurucakap bagi UMNO Kelantan dalam Perhimpunan Agung UMNO 1983. Saya nyatakan yang suatu hari nanti kita akan berdepan situasi ahli parti tidak mempunyai santapan jiwa yang cukup, tidak mempunyai kefahaman dan penghayatan terhadap falsafah dan dasar perjuangan parti.
Apabila itu berlaku, wujud satu vakum atau ruang kosong kepada penghayatan itu. Apabila ia berlaku, maka ketahanan dan jati diri perjuangan politik menjadi rapuh. Sebab itu yang perlu diisi selain memberi maklumat ialah dengan mentarbiah ahli UMNO supaya memahami prinsip asas perjuangan parti. Kalau ia difahami, isu semasa akan datang dan pergi tetapi tidak akan meruntuhkan asas yang ada dalam perjuangan politik. Hari ini, terutama generasi muda terikut-ikut menyertai parti, hendak duduk dalam kerajaan atau mendapat habuan jawatan. UMNO bukan seperti itu. Ia jelmaan wadah kerana kewujudan bangsa itu memerlukan satu perjuangan. Ia harus mempunyai kekuatan. UMNO diwujudkan untuk memperjuang nasib untung orang Melayu agar menjadi bangsa bermaruah dan bermartabat.
Oleh sebab itu, ia akan mengalami penambahbaikan kerana ia tidak lengkap. Namun matlamat UMNO adalah untuk mencapai kesempurnaan kita sebagai satu bangsa dan umat Islam serta mencapai keredaan Allah. Allah menuntut kita menjaga bangsa, maruah, agama, keturunan dan zuriat. Kalau ini difahami, UMNO akan kukuh. Maka, tidak akan berlaku perbuatan merajuk, meninggalkan parti atau merosakkan parti. Kita berharap dapat mentarbiyah generasi muda sebagai santapan rohani dan jiwa mereka.
S: Bagaimana jentera penerangan UMNO hendak menguruskan semua hal ini?
Annuar: Ia lumrah dalam politik. Politik adalah seni, kemahiran dan kepandaian untuk menggerakkan orang lain atau masyarakat ke satu matlamat yang kita hendak tuju. Politik tidak kotor, tetapi orang yang menjadikannya kotor. Ada kaedahnya. Kita bangsa berbudaya, kita dipandu oleh budaya, orang Islam dipandu oleh iman dan agama. Orang beragama mesti dikawal mengikut prinsip agama. Sebagai contoh dalam amalan politik, jika kita memaki seranah orang dalam ceramah, itu bertentangan dengan agama dan budaya kita menghina atau memaki orang. Fitnah politik juga perkara dilarang agama. Jika kerana politik kita berbohong, itu juga ditegah Islam. Maka agama, adat dan budaya seharusnya mengawal perilaku politik. Ini yang harus kita suburkan. Aspek ini akan diutamakan dalam pentarbiahan.
S: Bagaimana pula jentera penerangan hendak menangani krisis keyakinan yang menimpa UMNO hari ini?
Annuar: Politik dari dulu memang dipenuhi persepsi. Sekarang ia lebih hebat dengan kemunculan media sosial. Itu akan berubah dari semasa ke semasa. Ia tidak mengapa, kita masih mampu menanganinya. Sebagai contoh, di luar ada kuman akan hinggap dan bertukar jadi penyakit. Sejauh mana pula kita dapat mengawal penyakit itu. Adakah kita hendak cari jalan hanya untuk bunuh kuman itu. Ia tidak akan mampu dilakukan. Kalau kita hendak bunuh soal persepsi, memang tidak mampu. Kaedahnya ialah dengan mengawal diri, membina ketahanan diri atau antibodi. Kita bina ketahanan dalaman. Kalau kita dapat bina ketahanan dalaman anggota parti, ia tidak mudah diserapi kuman dari luar.
Kalau tidak ada ketahanan ini, datang sikit mereka terus terloncat, kecewa atau merajuk. Kalau hendak berdepan dengan peperangan persepsi, kita bina kekuatan dulu. Jika kekuatan dalaman kuat, persepsi tidak akan ditelan dengan mudah. Datang satu perkara atau isu, mereka boleh analisis atau tapis. Maknanya mereka sudah ada jati diri, tahu arah mana hendak dituju. Mereka tahu membezakan benda yang datang itu fitnah atau bukan. Mereka tidak terus 'ditelan' tetapi dinilai dan diperiksa. Yang baik diterima dan yang tidak baik ditolak.
S: Kebelakangan ini, UMNO sering dikaitkan dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang dilihat boleh menggugat parti serta pemimpinnya. Apa pandangan Tan Sri?
Annuar: Memang kalut jadinya kalau orang tidak menoleh ke belakang atau sejarah UMNO. Sebenarnya UMNO sekarang berada dalam keadaan paling aman sekali. Kalau dibanding dengan zaman saya baru naik dahulu, khasnya ketika zaman Dr Mahathir, ahli UMNO saling berlawan dalam parti. Dalam perebutan jawatan Presiden, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) berkempen merata tempat. Buat jamuan di sana sini, dalam parti saling menyerang.
Selepas Dr Mahathir menang, kumpulan lain termasuk Ku Li dan Tunku Abdul Rahman menyerang Perdana Menteri secara terbuka. Ia berlaku bukan dalam tempoh lima atau enam bulan. Ia bertahun-tahun. Perebutan jawatan Timbalan Presiden antara Ku Li dan Tun Musa Hitam berlaku sejak 1982 dan berulang pada 1984. Pada 1986, Ku Li lawan Dr Mahathir dan 1988 UMNO diharamkan. Dalam tempoh satu dekad itu, berlaku macam-macam krisis politik dan ia bertubi-tubi. Zaman Najib sekarang, saya boleh katakan ia paling aman.
Selepas pemilihan MT segala-galanya berjalan dengan elok. Hanya selepas enam tahun Najib menjadi Perdana Menteri, berlaku perubahan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Maka kalau kita lihat dari perspektif itu, kita tidak terlalu gawat. Sekarang kalau tengok dari sudut solidariti MT, mengapa Najib masih mampu bertahan walaupun datang pelbagai cubaan memburukkan beliau, ditambah dengan isu panas seperti 1MDB, tetapi beliau kekal. Ini kerana solidariti MT itu kukuh. Kemudian macam di Kedah boleh dibuat peralihan kuasa kerana tidak ada perpecahan. Seluruh ketua UMNO bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepakat. Tidak berlaku satu kumpulan berlawan dengan kumpulan lain.
S: Justeru, macam mana jentera penerangan hendak menangkis persepsi rakyat terhadap pelbagai isu yang timbul hari ini sama ada di peringkat parti atau kerajaan?
Annuar: Kita mesti beri penjelasan. Jika kita yakin sesuatu perkara itu betul, mengapa hendak risau. Yang penting kita harus betul. Kalau kita betul tetapi orang cuba kata kita tidak betul, kita perjelaskan, kita pertahankan. Kalau ikut kata orang dalam isu 1MDB, entah apa sudah jadi kepada Perdana Menteri, tetapi apabila kita tahu apa yang kita lakukan itu betul, kita terus beri penjelasan. Mungkin pada peringkat awal, orang ada rasa ragu dan kurang yakin tetapi akhirnya akan terbukti juga. Sekarang banyak orang guna kesempatan media baharu dan sosial melontarkan isu dengan tujuan hendak menimbulkan kekalutan. Contohnya, sebelum pengubahsuaian Bajet 2016 dibuat, ada pihak sebarkan berita kononnya elaun kakitangan kerajaan akan dipotong. Mereka sudah 'pusing' dulu. Sebelum ini orang kata Tabung Haji tidak mampu keluarkan dividen kerana kononnya hendak bankrap.
Ada orang percaya tetapi akhirnya kebenaran tetap kebenaran. Yang penting, kita perlu bersabar dan terus membuat penjelasan. Isu 1MDB sama juga. Ya, hari ini dijadikan alat politik pihak tertentu kerana orang ini tidak senang 1MDB dan pendekatannya. Maka dicari salah silapnya. Tetapi, UMNO juga tegas dalam isu 1MDB. Ada perkara yang kita tidak setuju berlaku dalam 1MDB, maka kita minta dilakukan siasatan. Apa yang tidak betul, kita perbetulkan.
S: Adakah jentera penerangan akan menumpukan isu tertentu seperti 1MDB dan segala berkaitan dengan UMNO dan kerajaan selepas ini?
Annuar: Kita tidak akan fokus kepada isu 1MDB sahaja. Yang penting pentarbiahan. Kita perlu sedar, isu tidak akan terputus kemunculannya. Selepas ini mungkin timbul lagi isu lain. Selepas itu mungkin ada lagi. Yang penting kita bersedia. Kerajaan perlu buat kerja dengan baik dan parti juga sama. Sebab itu kalau dengar cerita kekalutan politik hari ini, seolah-olah Malaysia sudah hancur tetapi mengapa perpaduan kaum masih kukuh. Kualiti hidup rakyat secara relatifnya masih baik.
S: Adakah Tan Sri fikir UMNO sempat untuk memulihkan keyakinan rakyat dalam tempoh dua tahun lagi atau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan?
Annuar: Ya, saya yakin kita masih sempat. Dua tahun bukan tempoh yang pendek, tetapi bukan juga satu tempoh yang terlalu lama. Sebab itu, kita perlu kerja sepanjang masa dan tingkatkan usaha. Yang penting semua orang kena kerja kuat. Parti tidak boleh bergantung kepada individu. Semua kena bekerjasama. Saya tidak fikir kita berada dalam situasi seperti orang gambarkan. Kita menang pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Rompin.
Kita rampas kerusi DAP di Parlimen Teluk Intan. Ramai yang bising tetapi ramai juga yang menjadi kumpulan majoriti senyap. Mereka nilai dan buat keputusan secara bijaksana. Yang marah pun ramai, memang kita tidak nafikan. Mereka marah kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi bukan bermakna mereka tidak undi. Sebab itu kita jangan marah apabila orang kritik dan balun kita. Kita parti politik maka rakyat berhak balun kita. Malah saya ambil positif kalau orang balun kerana ia patut menjadikan kita sedar diri.
Ia menjadi good wake up call. Jangan kita anggap orang yang kritik kita itu seolah-olah apabila sampai hari mengundi mereka tidak pangkah kita. Rakyat jauh lebih bijak daripada itu. Dia kritik kerana tidak suka dengan apa yang kita buat, tetapi masa mengundi hendak pilih siapa patut menjadi kerajaan, dia akan renung habis-habis. Maknanya, kalau rakyat tegur kita, jangan anggap itu penentang. Bagi saya biarlah rakyat tegur. Kalau kita tidak dengar kritikan, kita tidak tahu apa orang di luar sana mahukan.
S: Melihat kepada beberapa isu menimpa parti dan kerajaan, ada pihak mendakwa kerja pembangkang hari ini menjadi lebih mudah untuk menarik sokongan rakyat. Apa pandangan Tan Sri dalam hal ini?
Annuar: Itu tidak betul. Malah kita berasa kesian dengan mereka kerana terpaksa kerja lebih kuat. Berarak di jalan dan berceramah tidak putus. Pada masa sama, pembangkang juga mengalami perpecahan. DAP sendiri berterabur dalamannya. Dalam PAS berlaku perpecahan sehingga wujud Parti Amanah Nasional (PAN). Kemudian PAN serang PAS. PAS pula serang DAP. Sebenarnya dalam konteks mereka sebagai pembangkang, orang tidak teropong sangat sebab mereka pembangkang. Tapi dalam konteks pembangkang, kalau hendak kata kerja mereka mudah, rasanya tidak. Mereka jauh lebih payah daripada kita. Pembangkang tidak besar, anggota tidak ramai, maka kena kerja lebih kuat. Setakat ini kerja kuat mereka tidak cukup untuk menjatuhkan UMNO atau BN. Ia bukan benda baharu.
S: Kalau ditinjau pada alam siber, dapat dilihat yang masyarakat kita seolah-olah bersifat sinikal dengan penjelasan dibuat kerajaan berhubung isu yang timbul sekarang terutama berkaitan 1MDB. Apa pendapat Tan Sri?
Annuar: Saya fikir itu elok. Dahulu orang duduk dalam 'sylo' masing-masing. Mereka tidak tahu sangat dunia luar dan tidak begitu terbuka. Dahulu, akses maklumat kurang tetapi senario sekarang berbeza. Orang hari ini kalau hendak cari maklumat, mereka akan 'Google' sahaja. Kalau hendak baca berita, tidak perlu buka surat khabar lagi tetapi baca dalam talian. Kita kena terima hakikat yang semakin ramai rakyat kita ada akses maklumat. Berdasarkan maklumat dia dapat, dia ada hak bersuara. Kalau dahulu umur 30 tahun dan ke atas baru berani bersuara dalam politik, tetapi sekarang budak umur 15 tahun pun sudah pandai cerita politik.
Biarkan. Ia satu proses yang harus diterima dengan baik. Sebab itu kalau kita tengok politik di negara maju, mereka sangat terbuka. Antara pembangkang dan kerajaan boleh buat debat terbuka atau berbahas. Mereka boleh buat itu semua kerana tahu 'audien' mampu mendapat maklumat dan memprosesnya. Kita dalam peringkat peralihan tetapi secara beransur-ansur bergerak ke arah lebih terbuka dan bermaklumat. Sebab itu, kita jangan terlalu defensif. Sebab itu satu tugas jentera penerangan ialah jangan fikir satu hala sahaja.
Salah satu tugas penerangan adalah mendengar. Hari ini, jentera penerangan perlu lebih banyak mendengar sebab bila mendengar baru kita tahu apa berlaku di luar sana. Seorang doktor yang bagus bukan hanya memberi preskripsi ubat untuk menyembuhkan penyakit. Tetapi doktor yang bagus membuat diagnosis dengan baik. Supaya tidak berlaku kesilapan, dia dengar kata pesakit kemudian buat diagnosis yang akan memandu dia untuk mengenal pasti penyakit dengan lebih tepat. Preskripsi juga akan lebih tepat dan berkesan. Kalau tidak, dia amal trial and error. Jentera penerangan pun serupa, jangan fikir hendak terus bawa ubat. Kita perlu turun kawasan dan dengar keluhan, luahan rakyat. Kita kutip maklumat dan dengan itu kita boleh fikirkan penyelesaian yang baik.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/124558

0 Komentar untuk "'Saya mahu tarbiah ahli UMNO' "