Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang tidak bersetuju dengan cara Umno cuba menggulingkan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejurus selesai pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.
Adun pembangkang daripada PAS, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) juga membidas tindakan sekumpulan pemimpin Umno yang mengambil langkah menyingkirkan Mukhriz secara tidak beradab dan dilakukan pada ketika sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah.
"Bagi kami, pada ketika ini, tindakan menukar menteri besar Kedah tidak menjadi keutamaan berbanding dengan keperluan menukar perdana menteri Malaysia yang banyak menyusahkan rakyat," kata Adun Alor Mengkudu Ahmad Yahaya semasa membaca kenyataan bersama yang dikeluarkan blok pembangkang sejurus berakhir pertemuan tadi merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Semua 13 Adun pembangkang hadir menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas dipanggil semalam, sementara 2 Adun, Dr Krishnamoorthy (Bukit Selambau) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar Kedah.
Menurut Ahmad, walaupun tidak hadir, kedua-dua Adun itu menyatakan sokongan mereka terhadap tindakan Adun pembangkang di Kedah apabila dihubungi.
"Semua Adun pembangkang mengambil sikap bersama membantah sekeras-kerasnya tindakan sebahagian pemimpin BN (Barisan Nasional) negeri ini yang cuba menurunkan Datuk Seri Mukhriz daripada kedudukan selaku menteri besar secara tidak bertatasusila.
"Lebih mendukacitakan tindakan tidak beradab itu dibuat sewaktu negeri ini sedang dalam tempoh meraikan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah," katanya.
Ahmad berkata, jika kumpulan penentang Mukhriz masih mendesak untuk menurunkan menteri besar penggal pertama itu, ia perlu dilakukan mengikut proses demokrasi dan tidak secara tergopoh-gapah.
"Jika Datuk Seri Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi maka proses menurunkannya juga mestilah dibuat mengikut amalan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat.
"Tidak wajar hanya kerana mahu memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan, termasuk rakyat dan pihak Istana," katanya.
Pembangkang Kedah juga menggesa supaya kemelut politik itu diselesaikan segera supaya urusan pentadbiran negeri tidak terganggu dan dapat diteruskan seperti sediakala.
"Kami menggesa agar masalah kepimpinan utama kerajaan Kedah ini diselesaikan dengan segera kerana krisis yang berlarutan akan membantukan urusan pentadbiran negeri yang membawa kesan buruk terhadap rakyat," katanya.
Katanya, jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Kedah adalah dengan mengemukakan satu usul di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi undi tidak percaya terhadap pentadbiran Mukhriz.
"Jika kemelut menghadapi jalan buntu, maka pilihan terbaik ialah penyelesaian berasaskan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah iaitu menentukan kehilangan sokongan majoriti Adun kepada Menteri Besar melalui satu usul di Persidangan DUN," katanya.
Semua Adun pembangkang hari ini dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas pertemuan dengan Adun BN semalam gagal mendapat sokongan majoriti untuk menyingkirkan Mukhriz sebagai menteri besar. – 2 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/15-adun-pembangkang-sokong-mukhriz-terus-jadi-mb-kedah?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook#sthash.fKAQLzoc.dpuf

0 Komentar untuk "15 Adun pembangkang tidak setuju cara Umno cuba guling Mukhriz"