Mengundi untuk menolak bajet kerajaan adalah perkara biasa dalam demokrasi, kata barisan pembangkang Pakatan Harapan hari ini, berikutan keputusan PAS enggan menyokong undi menolak Bajet 2016 di Dewan Rakyat.
Membidas keputusan parti Islam itu, ketua whip Parlimen ketiga-tiga parti dalam gabungan itu berkata, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sebelum ini, termasuk PAS, pernah mengundi menolak bajet kerajaan, jadi ia bukan perkara baharu.
"Penolakan Bajet oleh pihak pembangkang adalah amalan biasa dalam sistem demokrasi berparlimen. Ia bukan merupakan perkara yang aneh mahu pun baharu.
"Ia pernah dilakukan Pakatan Rakyat termasuk ahli Parlimen PAS sebelum ini," kata Datuk Johari Abdul (Sungai Petani-PKR), Anthony Loke (Seremban-DAP) dan Khalid Samad (Shah Alam-Amanah) dalam satu kenyataan bersama hari ini.
"Sikap berkecuali seperti yang dicadangkan PAS tidak wajar diambil pihak pembangkang dewasa ini."
Ini kerana, bajet itu merupakan pelaksanaan dasar kerajaan yang diketuai Barisan Nasional (BN) yang tidak dipersetujui, kata mereka, sambil menambah ia bukan sahaja tentang mendapatkan peruntukan kewangan tetapi juga mengenai keutamaan yang diberi dalam menggunakan wang rakyat.
"Oleh itu, ianya ditolak dan ditentang. Sikap berkecuali tidak akan membantu rakyat terbanyak dan menjadikan kehadiran di Parlimen tidak bermakna," kata mereka.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dipetik Sinar Harian berkata, wakil rakyat parti itu tidak akan menyokong gesaan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengundi menolak bajet di Dewan Rakyat.
"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.
"Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” katanya pada 31 Oktober.
Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menolak Bajet 2016 hanya akan menyusahkan rakyat, kerana ia boleh membawa kepada "government shutdown" (penutupan kerajaan) sekiranya undi berjaya.
Malaysia, katanya, akan mengalami masalah sama seperti "government shutdown" di Amerika Syarikat pada 2013 di mana kakitangan kerajaan ada yang terpaksa mengambil cuti, sementara ada yang terpaksa lapor diri ke tempat kerja, tanpa mengetahui bila gaji mereka akan dibayar.
Pakatan Harapan bagaimanapun, menolak hujah mereka itu, mengatakan keadaan tahun ini berbeza kerana ada kemungkinan bajet itu akan berjaya ditolak memandangkan timbul ura-ura mengatakan ahli Parlimen BN juga akan menyertai pakatan pembangkang dalam menolaknya.
"Hakikatnya itu (government shutdown) bukan keadaan yang akan terhasil. Sebaliknya, penolakan bajet akan merupakan pukulan hebat terhadap Najib dan kabinetnya. Ia boleh merupakan undi tidak percaya terhadap Najib.
"Kemungkinan besar usul undi tidak percaya yang dicadangkan ketua pembangkang tidak akan diangkat untuk perbahasan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, tindakan penolakan bajet boleh menjadi penggantinya," kata mereka.
Najib, kata mereka bertiga, akan terpaksa membentangkan satu bajet alternatif yang boleh dipersetujui Parlimen atau meletak jawatan dan memberi laluan kepada penubuhan Kabinet baharu.
"Penolakan bajet harus dilihat sebagai peluang keemasan untuk membetulkan bajet yang membebankan rakyat. Sekiranya bajet baru dikemukakan, mungkin akan dapat memasukkan pindaan seperti yang diingini.
"Kami syorkan supaya jangan ada mana-mana pihak yang ingin menimbulkan keresahan dan ketakutan di kalangan rakyat terhadap tindakan menolak bajet. Usaha itu hanya dilihat sebagai tindakan membela Najib," kata mereka. – 11 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkara-biasa-pembangkang-tolak-bajet-kata-pakatan-harapan-kepada-pas#sthash.ZbIgsdA1.dpuf

0 Komentar untuk "Perkara biasa pembangkang tolak bajet, kata Pakatan Harapan kepada PAS "