BANGI, Ahad – Susulan hasrat parti cauvinis dan rasis DAP yang mahu membuat pertemuan dengan Jabatan Mufti berhubung isu khutbah Aidiladha baru-baru ini, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa pendiriannya berhubung isu itu tetap sama seperti sebelum ini.
Katanya, beliau akan tetap menasihatkan perkara yang sama kepada Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri sebagai orang Islam.
“Kalau hendak jumpa pun, apa yang hendak dibincangkan lagi? Kita buat itu berdasarkan Al-Quran dan hadis, makna apa yang disebut itu jelas, hendak bincang apa lagi?,” soalnya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji kelmarin yang ingin berjumpa dengannya dan Jabatan Mufti bagi mendapatkan penjelasan.
Tegas Dr Abdul Rahman, sekiranya DAP benar-benar mahu membuat pertemuan, ianya mesti melibatkan keseluruhan jawatankuasa khutbah.
Ini berikutan katanya, teks khutbah tersebut telah diluluskan oleh jawatankuasa berkenaan sekalipun dibaca oleh beliau.
“Jawatankuasa khutbah ini (di bawah) Jawatankuasa Majlis (Agama Islam Islam dan Adat Resam Melayu Pahang), kalau majlis bersetuju, bermakna terpulanglah, tetapi bukan berjumpa dengan saya seorang tetapi berjumpa dengan seluruh jawatankuasa.
“Kalau dia jumpa saya tak jadilah, sebabnya saya sebagai pengerusi sahaja.
“Maknanya keputusan khutbah itu dikeluarkan atas keputusan ramai,” katanya kepada sebuah portal.
Isu ini timbul apabila DAP menuduh JAIP memfitnah parti itu melalui khutbah yang disampaikan kepada umat Islam negeri itu.
Bagaimanapun Mufti Pahang menegaskan kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.

0 Komentar untuk "Apa yang nak dibincangkan lagi, soal Mufti Pahang kepada DAP"