Apabila PAS ditolak DAP dan PKR, mahu tidak mahu pertandingan 3 penjuru tidak dapat dielakkan lagi dimana-mana kerusi. Diatas kertas , penguasaan DAP terhadap kerusi yang mereka sandang sangat cerah. Mereka menang moral dengan menolak PAS bersama hududnya ketepi . Dalam masa yang sama MCA , Gerakan atau MIC hampir tidak bermaya ketika ini dengan masalah kepimpinan dalaman dan negara.
Saya tak fikir kepimpinan baru PAS berani meletakkan calun DHPP disemua tempat menandingi DAP kecuali ada beberapa kerusi yang saya lihat berpotensi. Malah dengan kekukuhan semasa parti DAP, saya yakin mereka akan meletakkan calun Melayu bertanding sebagai satu persiapan untuk ‘kebarangkalian lain’ dimasa mendatang. Ia tidak pelik kerana parti itu semakin diminati dan mungkin saja ada nama besar Melayu lain menyertainya jika mereka sedar ada peluang menanti. Jika ada dari kalangan ahli politik Melayu yang ingin menjadi MB atas tiket DAP terutama diSelangor dan Perak, inilah masa terbaik untuk menonjolkan diri. Jadi, biarkan DAP terus dengan caranya.
Jika terjadi pakatan baru maka parti baru yang ditubuhkan akan diletakkan bertanding dikerusi dimana PAS biasanya bertanding manakala ditempat yang biasanya PKR bertanding, PAS perlu meletakkan calunnya. Ia bagi memberi pilihan kepada rakyat dan menunjukkan PAS serius memimpin bukan sekadar pelengkap pasukan selama ini. Inilah antara yang dapat ditelah sebagai permainan DAP melemahkan parti orang-orang Islam supaya tiada satu pun yang dominan.
Andaikan benar-benar terjadi pertandingan 3 penjuru ( dengan mengabaikan calun bebas ) kita terpaksa menerima keputusan mirip PRU 13 di N24 Semenyih dan N39 Kota Damansara. Walaupun pasti ada satu pemenang , jumlah keseluruhan diperingkat negeri berpecah agak sukar mana mana parti orang Islam berkuasa. Jadi, DAP akan mendapat kelebihan dengan campuran PR baru dimana 15 kerusi kukuhnya adalah pemenang terbesar dan mungkin saja mereka menuntut lebih dari yang mereka dapat selepas PRU 13.
Bolehkah risiko pertentangan UMNO – PAS – PKR atau UMNO – PAS – Parti Baru dikurangkan ? Kebarangkalian kerjasama UMNO – PAS sangat tipis walaupun ratib UG terus berkumandang. Pertentangan dasar yang jelas serta kegelojohan UMNO meratah khazanah negara menjadi penghalang terbesar.
Parti UMNO akan bertanding disemua kerusi samada merebut atau mempertahankan. Mereka perlu menunjukkan BN masih popular dimata rakyat jelata. Apa yang boleh kita harapkan bonus perpecahan mereka yang tidak dipilih sebagai calun serta iltizam Tun Dr M membuktikan Najib tidak layak sebagai PM.
Parti Baru hampir pasti merebut disemua kerusi PAS bagi menyukat keupayaan sebagai persediaan mereka dalam PRU 14. Kemungkinan yang ada ialah PAS – PKR bekerjasama atas prinsip satu lawan satu dengan UMNO. Namun ini jelas merugikan PAS kerana jika benar mereka boleh bekerjasama maka perlu apa dibubarkan DUN ? Atau bertanding secara selektif dimana tetapi kuota bukan Melayu PKR hampir pasti tidak akan mengalah. Jadi, memilih kerjasama dengan PKR akan merugikan PAS.
Selain hala tuju parti dan kewibawaan calun banyak pertimbangan lain yang digunakan pengundi. Bagi pengundi tegar parti, kemungkinan berlaku ‘swing yang besar’ biasanya tidak berlaku. Parti baru mungkin menarik sebahagian pengundi PAS yang mengidamkan Putrajaya dan pengundi yang anti perundangan Islam terutama dikalangan bukan Melayu. Nama besar didalam kem mereka disamping sokongan padu DAP memungkinkan ada yang berpotensi menang terutama dikawasan komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu 50:50
Manakala PAS mungkin pula menarik golongan atas pagar yang selama ini tidak bersetuju dengan permuafakatan dengan DAP serta undi protes dari UMNO. Saya berpendapat PAS perlu terus tegas berpegang dengan dasar perjuangannya biarpun terpaksa menanggung risiko kekalahan pertandingan merebut atau mempertahankan kerusi. Saya yakin ahli bawahan PAS boleh menerima kekalahan dengan tenang berbanding parti lain.
PKR mungkin sedikit kekurangan sokongan yang mungkin boleh menyebabkan kerusi berpindah kepada UMNO atau PAS. Manakala UMNO mungkin mendapat laba dari perpecahan PR sekiranya PKR atau PAS tidak berjaya meyakinkan pengundi perlu mengundi mereka. Saya yakin in sha Allah PAS mampu keluar sebagai pemenang 3 penjuru jika suasana semasa diambil kira.
Sebelum berlakunya senario terburuk yang mampu dijangkakan terhadap PAS, saya menyeru semua saf kepimpinan dan ahli supaya menyahut seruan TGHA iaitu terus istiqamah hingga kemenangan. Saat ini memang kelihatan perit tetapi sebagai ahli bawahan saya merasakan manisnya berjuang bermatlamatkan mendaulahkan Islam. Kita tak perlu bertoleransi dengan sesiapa untuk kemenangan Islam bagi perkara yang jelas hukumnya. Namun kepada yang diluar kapal , tangan hendaklah sentiasa dihulur supaya seboleh mungkin semuanya ditarik semoga selamat menuju redha Allah.
Jauh dihati saya tetap mengharapkan PRN tidak perlu diadakan dan semua pihak bertenang sehingga PRU 14. Rakyat sedang terhimpit dengan pelbagai tekanan dan negara dilanda musibah satu persatu akibat pemimpin yang tidak mahu menerima Islam sebagai adDeen.
Artikel ini sambungan dari : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=24636

0 Komentar untuk "Menjangkakan Senario Terburuk (Siri 2)"