KLANG - “Saya Ikut jejak langkah Tun Mahathir” demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu pendirian untuk kekal sebagai presiden Umno dan perdana Menteri.
Berucap di hadapan kira-kira 1,500 orang ahli Umno, Najib berkata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut berhadapan cabaran sewaktu memimpin negara.
“Masih ingatkah pada 1987 di mana Dr Mahathir dicabar bagi jawatan presiden Umno?... pada waktu itu beliau menang tipis, tetapi masih terus memimpin.
“Hampir 50 peratus tolak kepimpinan beliau, Jadi apa maknanya itu? Saya juga amalkan perkara yang sama,” katanya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Kelab Eksekutif Klang, semalam.
Dr Mahathir mampu menjadi perdana menteri selama 22 tahun disebabkan oleh perlembagaan parti yang meletakkan syarat bagi mencabar jawatan presiden.
“Perlembagaan parti meminta sebanyak 63 pencalonan dari bahagian untuk bertanding presiden parti. Harus diingatkan bahawa jika jadi presiden Umno secara automatik akan jadi perdana menteri.
“Tetapi saya cuba mengubah Umno supaya menjadi lebih demokratik dan telus. kita telah pinda perlembagaan parti bagi jawatan presiden Umno. Saya ambil risiko besar, tetapi saya menang tanpa bertanding dalam pemilihan,” katanya.
Najib turut menyatakan beliau masih menerima sokongan daripada rakyat dan parti untuk terus memimpin negara.
“Kenapa saya perlu turun sedangkan saya menerima sokongan padu.Tidak ada mana-mana pihak boleh menentukan kepimpinan negara melainkan rakyat dan parti,” katanya.
Sepanjang ucapan, Najib menerima tepukan gemuruh serta sorakan semangat ‘hidup Najib, hidup Umno’.
Menurutnya, kewujudan media sosial merupakan satu cabaran besar bagi kepimpinannya.
“Kalau zaman Dr Mahathir ada media sosial, saya rasa keadaan bertambah teruk,” katanya.

0 Komentar untuk "Dr Mahathir perlu ingat peristiwa 1987"