Komentar Oleh NASRUDIN HASSAN
1. Kebenaran sesebuah perjuangan bukan dinilai pada ramainya penyokong kerana musuh kebenaran iaitu Syaithan A'laihi Laknatullah juga tidak terbilang pengikut dan penyokongnya. Sebaliknya mi'yar (neraca) penentu benar atau salah ialah berasaskan matlamat dan manhaj yang diguna, sejauh mana ianya patuh syariah. Firman Allah swt:
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. Surah Al Ana'am: Ayat 153
2. Hanya Islam dan perjuangannya yang diakui benar oleh Allah SWT. Ia berlandaskan prinsip dan objektif yang jelas, iaitu tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Bukan perjuangan yang dibina atas dasar tidak puas hati dan kebencian kepada pihak tertentu. Sementelah tindakan mengasaskan sebuah jamaah untuk memecahbelahkan kesatuan ummah, maka sifatnya tidak ubah seperti penubuhan Masjid Dhirar yang wajib dibubarkan.
3. Meskipun zahirnya Masjid Dhirar itu adalah sebuah masjid, sebagai tempat beribadah kepada Allah SWT. tetapi Nabi s.a.w. mengarahkan supaya masjid itu diruntuhkan kerana ia tidak dibina atas dasar taqwa iaitu tunduk dan patuh kepada Allah SWT, sebaliknya diasaskan untuk memberi saingan kepada masjid yang terlebih dahulu dibina oleh Rasulullah s.a.w.
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.
0 Komentar untuk "Tolak jamaah dhirar"