KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin parti pembangkang mengakui Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat namun memerlukan beberapa penambahbaikan.
Antara cadangan penambahbaikan tersebut ialah mengkaji semula bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), membanteras rasuah dan mekanisme mengurangkan harga barangan.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berharap kerajaan turut memberi fokus kepada ekonomi rakyat secara berterusan sepertimana yang diharapkan rakyat selama ini.
"Saya rasa BR1M tidak banyak membantu rakyat memandangkan ianya suatu pemberian "one-off" dan tidak diberikan secara berterusan malah tidak dapat jamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi," katanya.
Bagaimanapun, Azmin memuji langkah kerajaan menyemak dan mengkaji kenaikan gaji bagi anggota pentadbiran serta menangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian.
Ini termasuklah gaji perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri, katanya.
Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar berkata meskipun bajet itu baik, tetapi ada ruang yang perlu diberi perhatian lebih oleh kerajaan misalnya pembanterasan rasuah.
"Kerajaan perlu cari jalan untuk hapuskan budaya rasuah serta mencari suatu kaedah bagi membantu mengurangkan beban rakyat terutama golongan kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah," katanya.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena memberitahu kenaikan elaun bagi anggota Parlimen adalah wajar walaupun tidak mengetahui jumlah sebenar kenaikan yang dimaksudkan itu.
"Ini pun disebabkan permintaan backbenchers (Kelab Penyokong kerajaan Barisan Nasional) yang kalau mereka pun yang terima peruntukan pun rasa terbeban, tambah kami yang pembangkang, lagi terasa beban itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bajet kali ini dilihat tidak memberi pendekatan menangani kenaikan harga barang termasuk petrol dan keperluan lain akibat cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan April tahun depan.
"CBP bukan hanya tentang pengecualian semata-mata, tapi soal pendekatan yang pasti akan meningkatkan harga barangan," kata Anggota Parlimen Permatang Pauh ini.
Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, beliau menyokong bajet ini yang disifatkannya memberi banyak manfaat untuk golongan wanita.
Katanya bagaimanapun kerajaan harus mempertingkatkan usaha membanteras rasuah jika mahukan bajet yang berjiwa rakyat.
"Sekiranya mahu ia berjiwa rakyat, maka pertalian kronisme harus diputuskan dengan jelas kerana gejala rasuah adalah kritikal tetapi saya tidak nampak langkah untuk membanterasnya," kata Setiausaha Agung DAP yang juga anggota Parlimen Bagan itu.
Mengenai kenaikan jumlah pemberian BR1M, anggota parlimen Batu, Tian Chua pula berkata beliau bersetuju dengan pemberian itu kerana bantuan tersebut sememangnya diperlukan oleh untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari pula meminta kerajaan memfokuskan aspek pembangunan guru memandangkan kualiti guru akan memberi impak besar kepada kualiti murid. - Bernama

0 Komentar untuk "Pembangkang: Bajet 2015 perlu penambahbaikan"