SHAH ALAM – Pergolakan arena politik bumi Selangor mungkin terus berpanjangan jika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memilih Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata, calon menteri besar selain Wan Azizah mungkin berhadapan dengan risiko dipecat daripada parti sekiranya individu tersebut menerima pelantikan jawatan tersebut.
“Kalau calon tersebut daripada PKR, mungkin dia dikatakan melanggar ketetapan parti dan berhadapan dengan kemungkinan dipecat dari parti ( jika dia terima pelantikan tersebut) seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Dan kalau (calon Pas) dipilih menjadi menteri besar baharu pun, majoriti (Ahli Dun) yang menyokong tidak cukup. Mungkin Pas pun tidak akan terima (jawatan menteri besar) kerana menurut kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pas tidak akan terima kalau seorang daripada wakil Pas dipilih,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Menurutnya, krisis buruk yang melanda akan lebih meruncing sekiranya calon dari mana-mana parti dalam PR yang dipilih Sultan (selain Wan Azizah) tegar tidak mahu berundur daripada jawatan yang dilantik.
“Kalau calon selain Wan Azizah terima (pelantikan menteri besar), ia akan menjadi lebih sukar kerana tiada sokongan majoriti Dun dan kemungkinan akan berlaku perpecahan dalam pakatan menjadi lebih besar kerana PKR dan DAP menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
“....Melainkan ada kompromi antara PR dan persetujuan antara ketiga parti untuk menghormati pilihan Sultan dan mengakhiri konflik yang melanda, itu cerita lain,” jelasnya.
Krisis berterusan jika Istana ditentang
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi turut bersetuju dengan pandangan Azizuddin.
Menurutnya, jika Sultan Selangor melantik calon baharu selain Wan Azizah dan PR menentang keputusan tersebut, ia bukan hanya memanjangkan krisis yang berlaku dalam PR bahkan wujud penentangan terhadap istana.
“Apabila Sultan Selangor melantik calon baharu bagi menggalas jawatan Menteri Besar Selangor, baginda akan cuba mendapat persetujuan calon terlebih dahulu, calon tersebut mungkin beri persetujuan, bermakna dia bersedia untuk dilantik.
“Dalam konteks tersebut, kalau PR masih bertegas (terutamanya PKR dan DAP) untuk melantik Wan Azizah, krisis ini tidak akan ada penghujung dan turut membawa krisis dengan istana yang mana ia perlu dielakkan oleh PR buat masa ini,” katanya.
Beliau juga berpendapat, calon yang dilantik baginda mungkin akan berdepan dengan penyisihan oleh partinya dan parti-parti lain dalam PR.
“Sesiapa sahaja yang dilantik, itu dibuat berdasarkan keputusan Tuanku yang mempunyai kuasa mutlak. Sekiranya (keputusan tersebut) tidak diterima parti, mungkin calon tersebut akan disisih.
“Ia sekaligus membawa implikasi yang bukan hanya wujud terhadap parti malah kepada rakyat di Selangor,” ujarnya.
Oleh itu, PR disarankan supaya membuka peluang untuk menerima sesiapa sahaja calon yang dilantik Sultan kerana baginda mempunyai kuasa mutlak untuk membuat pelantikan tersebut.
Jalan hadapan kelam bagi PR
Jalan ke hadapan ‘kelam’ bagi PR jika calon yang dipersetujui pada awalnya tidak dipilih sebagai menteri besar, demikian hujah Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Menurutnya, pelantikan calon selain Wan Azizah sebagai menteri besar baharu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara PR.
“Pergeseran(antara parti) akan berterusan jika itu berlaku. Kita tahu bahawa PKR dan DAP tidak akan bersetuju sekiranya calon lain dilantik sebagai menteri besar dan bukannya Wan Azizah.
“Hakikatnya persefahaman yang awal itu perlu dikekalkan, jawatan tersebut harus diserah kepada PKR, sesuai dengan prinsip yang dipersetujui bersama sebelum ini,” jelasnya.
Bagaimanapun, beliau menolak andaian berlaku perpecahan dalam kalangan PR sekiranya kemungkinan tersebut berlaku.
“Jika ini berlaku, ini akan merumitkan lagi keadaan. Mungkin PKR dan DAP akan mengusulkan undi tidak percaya atau lebih buruk lagi, mereka tidak akan mahu bekerjasama lagi.
“Namun PR tidak mungkin berpecah memandangkan Presiden Pas sendiri menyatakan kesetiannya terhadap PR tidak akan berbelah bahagi,” ujarnya.
Menurutnya lagi, PR harus memutuskan jalan terbaik untuk menangani krisis yang sudah berlarutanini kerana ia bukan sahaja merugikan PR bahkan rakyat.
“...Seharusnya mereka sudah bergerak ke hadapan, melupakan semua konflik ini dan teruskan agenda pembangunan dapat dicapai dan pentadbiran dapat berjalan lancar,” katanya lagi.

0 Komentar untuk "Krisis berlarutan jika Wan Azizah bukan MB"