KOTA TINGGI - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam kenyataannya disebuah portal tidak berniat memperlekehkan kepimpinan ulama, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Malah jelas Salahuddin, apa yang difahaminya, teguran Mohamad itu supaya kepimpinan ulama perlu melihat faktor sekeliling sekiranya mahu melihat institusi itu maju ke hadapan.
"Saya rasa sudah baca kenyataannya itu. Apa yang saya fahami, tidak ada ayat yang memperlekeh ulama.
"Mohamad hanya mahu ulama terus relevan dengan tidak boleh menafikan perubahan yang berlaku supaya kepimpinan ulama menjadikan institusi itu nilai tambah kepimpinan Pas di masa akan datang," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas akan cadangan Mohamad Sabu supaya ulama meningkatkan diri agar kepimpinan ulama kekal relevan.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata, adalah sejarah bagi kepimpinan Pas Johor dengan berlangsungnya Muktamar di negeri itu.
"Ini membuktikan Pas Johor juga bergerak dengan dimensi yang lebih luas, yang satu ketika dahulu dianggap terpencil.
"Saya rasa masyarakat mula menyedari peranan Pas Johor dalam menentukan lanskap politik pada PRU akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Salahuddin menyifatkan teguran Pemuda Pas kepada kepimpinan Pas Pusat sebagai tindakan berani.
"Saya rasa teguran Pemuda Pas itu sangat membina. Sememangnya Pemuda perlu berani memberikan teguran kepada pucuk pimpinan. Itu baru dikatakan Pemuda," katanya.
Justeru, Salahuddin berharap teguran itu diterima dengan baik dengan hati terbuka oleh kepimpinan Pusat.
"Kritikan daripada Pemuda Pas selalunya yang ditunggu-tunggu," katanya.

0 Komentar untuk "Bukan niat Mat Sabu perlekeh ulama"