KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif menyalurkan bantuan makanan kepada golongan gelandangan di ibu negara diarah agar menghentikan aktiviti itu atau hanya dibenarkan berpusat di lokasi yang akan ditetapkan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata, NGO berkenaan tidak dibenarkan beroperasi di sekitar radius 2 kilometer dari Lot 10, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuatkuasa serta-merta.
Menurutnya, pihaknya bukan menghalang sebarang aktiviti kebajikan sedemikian, namun ia sebagai inisiatif dalam memastikan ibu kota tidak terus tercemar baik dari segi keberadaan golongan itu, mahupun daripada aspek kebersihan.
“Aktiviti seperti ini hanya menggalakkan orang ramai untuk menjadi gelandangan dan menganggur. Terdapat ramai orang seperti itu yang kami bantu untuk dapatkan pekerjaan tetapi kembali ke tabiat lamanya kerana mereka menyifatkan ia lebih mudah.
“Tindakan berkenan juga menyebabkan pembuangan sampah sekitar ibu kota seterusnya mencemarkan dan menjadi punca penyakit.
“Pelbagai jenis masalah berkaitan sampah di bandar dihadapi DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan hampir RM90 juta dibelanjakan setahun untuk memungut bahan buangan itu. Saya tidak melihat tindakan saya keterlaluan tetapi ia perlu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berdisiplin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pelantikan Badan Penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Wilayah Persekutuan di Menara DBKL, di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalannya, Datuk Dr. Loga Bala Mohan.
Tengku Adnan menambah, bagaimanapun, pihak NGO terbabit belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara tersebut dan mesyuarat bersama mereka bagi membincangkan perkara berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.
Malah Tengku Adnan juga menegaskan pihaknya dengan kerjasama DBKL akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit boleh meneruskan aktiviti sukarelawan mereka.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas berhubung kecaman terhadap kenyataan yang dikeluarkannya untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemberi dan peminta sedekah di ibu negara.
Ujarnya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana pemberian sedekah sepatutnya perlu melalui saluran yang sepatutnya.
“Kita ada majlis agama untuk salurkan sedekah dan mereka dipertanggungjawabkan membuat agihan. Bukannya saya kata tidak boleh beri sedekah..tetapi memberi ada caranya.
“Perlaksanaan penguatkuasaan tetap akan dibuat dan saya telah minta satu garis panduan dan SOP yang akan berkuat kuasa dalam tempoh kira-kira dua minggu,” katanya.

0 Komentar untuk "Henti beri makan pada gelandangan"