Dun Kelantan saksi kesepakatan umat Islam - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dun Kelantan saksi kesepakatan umat Islam

Kata-kata seorang ADUN selepas lulusnya Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 (pindaan 2014) Negeri Kelantan adalah suatu mimpi ngeri bagi musuh tetapi ianya berita gembira bagi kita semua:
“Kita bertelagah pendapat dalam banyak perkara, namun dalam hal berkaitan Islam, Melayu, tanah air kita harus bersatu”
Kedudukan Islam di Malaysia yang istimewa adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi. Bahkan kalau kita mahu katakan Malaysia bukan sebuah negara Islam pun, kedudukan istimewa Islam di Malaysia sudah berpuluhan tahun terpahat di dalam perlembagaan juga ratusan tahun tertanam kukuh di dalam tanah ini.
Disebut dalam perlembagaan berkaitan agama negara, pengurusan harta negara, baiah pemimpin tertinggi negara hinggalah pentakrifan terhadap siapa penduduk asal tanah ini, kesemuanya dikaitkan dengan Islam. Mahu atau tak mahu, suka atau tak suka Islamlah satu-satunya agama yang disebut dalam perlembagaan.
Cubaan yang berterusan dari mana-mana pihak yang ingin menggugat Islam di dalam negara ini sebenarnya bukanlah sekadar menjadi musuh kepada orang islam sahaja, bahkan mereka ini adalah musuh kepada negara, musuh kepada sejarah kita dan juga musuh kepada perlembagaan yang menjadi rangka kepada negara.
Atas dasar itu jugalah wujudnya perkara 11(4) di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu sekatan perkembangan sebarang doktrin agama terhadap orang Islam. Mereka yang bertindak menyebar sebarang doktrin agama kepada orang Islam sebenarnya adalah musuh kepada negara ini kerana Islam menjadi tunjang kepada negara. Memusuhi Islam bererti memusuhi negara.
Kemudian kefahaman terhadap perkara 11(4) tersebut diterjemahkan kedalam undang-undang maka wujudlah enakmen-enakmen yang menghalang musuh negara ini daripada terus menyebarkan doktrin agama kepada orang Islam. Contohnya wujud di Selangor Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 juga Enakmen Kawan dan Sekatan Pengembangan agama-agama bukan Islam 1988 di Perak. Kesemua negeri mempunyai enakmen sekatan dan perkembangan agama bukan Islam ini kecuali Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.
Sebab itulah kita katakan tindakan Jabatan Agama Islam dalam serbuan DUMC, rampasan Bible, soal siasat dalam sebuah perkahwinan hindu yang melibatkan orang muslim dan peristiwa lain yang berkaitan adalah berpelembagaan. Kerana wujud disitu tindakan untuk cuba menyebar sebarang doktrin kepada orang Islam dan perkara ini tertulis dalam enakmen yang  kewujudannya dijamin oleh perlembagaan.
Perkembangan terbaru yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam (25 Jun) adalah satu perkara yang memberangsangkan. Mereka telah meluluskan beberapa pindaan dalam enakmen tersebut antaranya polis dan timbalan pendakwaraya turut sama berbidangkuasa dalam melakukan tindakan berkaitan enakmen ini sedangkan sebelum ini hanya pegawai penguat kuasa sahaja yang berhak. Suatu pindaan yang memperkukuh dan mengakar umbikan lagi kedudukan Islam dalam negara ini.
Pindaan ini selari dengan tuntutan perlembagaan bahawa Islam adaah agama negara. Semangat kesepakatan dalam mendaulatkan Islam sepatutnya dijadikan contoh dan qudwah oleh semua pihak tidak kira pemimpin atau rakyat marhaen. Kesepakatan ini juga perlu ditonjolkan terhadap pihak yang tidak pernah henti dalam mengugat ketinggian serta kemulian Islam di atas tanah air ini.
Sepatutnya isu kalimah Allah, isu hudud, isu murtad, isu Syiah, isu Comango dan pelbagai isu lagi semakin memperkuat saf kita, makin mengerat tangan-tangan kita serta makin menyatukan kita bukannya makin memecah belahkan kita semua. Bukankah seorang mukmin itu menjadi semakin kuat apabila diuji? 
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Ustaz Muhammad Firdaus Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)
0 Komentar untuk "Dun Kelantan saksi kesepakatan umat Islam"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI