Laluan mudah untuk Kak Wan ambil alih Kajang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Laluan mudah untuk Kak Wan ambil alih Kajang

DALAM politik tiada yang mustahil. Kedua calon bisa membuat kejutan dalam PRK Dun Kajang apabila keputusan diumumkan Ahad malam 23  Mac. Jangan hairan jika Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti jentera berat beroda besar bergerak dengan perlahan-lahan merata tanah dalam Dun  Kajang - lebih rata lagi dari yang dilakukan oleh Lee Chin Cheh dalam PRU13. Mei Fun, calon BN dari MCA juga Ketua Wanitanya, juga boleh membuat kejutan (menang) tetapi mengikut banyak analisis minggu ini peluangnya melakukan demikian tipis walaupun MCA agak optimis Mei Fun dapat membetulkan kesilapan pengundi dalam Dun Kajang yang berjumlah 39,278 terdiri daripada 48 peratus Melayu Islam, 41 peratus Cina, 10 peratus India dan bakinya lain-lain dalam pilihan raya umum lalu.

Dun Kajang, sebuah kawasan urban (bandar) maka lazimnya pengundi tidak memerlukan seorang “pegawai kebajikan  masyarakat” sebagai wakil mereka.
Pengundi dalam bandar dan kawasan semi-urban mengikut sejarah (dan pengelaman saya) ingin ‘jurucakap' di Dun Selangor yang credible dan berpengaruh; seorang yang berpotensi memimpin negeri atau duduk dalam Kabinet Negeri Selangor (Exco).

Ini kerana, tegas an associate of Speaking, "the central role in Malaysian politics now is to break down stereotypes and erase the mistrust. For a long time Malaysians see each other too much through the dangerous prism of stereotype"- yakni terlampau ramai rakyat Malaysia melihat dan bertindak dalam politik dari segi perkauman; masa sudah tiba syak wasangka antara satu sama lain dipadamkan.

Apabila Speaking asked him to elaborate ini jawabnya: "It is now time to start building the understanding and trust among various races we so urgently need”. Maksudnya, masa sudah tiba untuk semua bangsa berdialog mencari perpaduan dan solidariti.  Kalaulah ini yang dikehendaki oleh pengundi di Kajang siapa antara dua tokoh wanita ini lebih efektif dan berkesan?

Kedua adalah bekas MP yang berpengalaman, kedua juga satu masa berhigh profile. Soal dalam situasi kini siapa, saya tegas di sini, yang lebih wajar untuk peranan itu dan juga bertindak sebagai penyambung lidah menjuarakan kesamarataan, hak asasi manusia, penindasan oleh manusia atas manusia, kebebasan, ketidakadilan sosial; memerangi rasuah, dadah dan menegakkan  governance yakni pentadbiran dan pemerintah yang bersih, cekap, amanah, berteladan dan telus. Siapa antara Kak Wan dan Mei Fun  dikira lebih berpeluang menjaring gol di padang yang saya telah sebutkan di atas.

Pengundi di merata diharap, apalagi dalam PRU14 kelak, memainkan peranan lebih besar dalam apa yang dinyatakan Speaking: "to play a bigger and larger part in the cultural, political  and economic life of the nation. We definitely can benefit increasigly by being a truly multi-cultural and multi- ethnic society”- memanfaatkan watan dan semua kaum sekali gus menunjukkan kita masih lagi sebuah negara yang  majmuk.

Jika kita terus curiga mencurigai antara satu sama lain, kita tentu akan lambat sampai ke destinasi 2020. Kalau itu terjadi semua akan kecewa dan rugi, bezanya besar atau kecil  kerugian itu dan menusuk atau pahit kekecewaan itu. Kita harus tingkatkan perpaduan kita melalui  perkongsian kuasa politik dan lebih penting kekayaan, ekonomi, bisnes, perdagangan dan profesion dengan juga mengambil kira potensi dan bakat yang mencerminkan  populasi negara. Jika ini berlaku dengan adil dan saksama kita akan lihat semua rakyat dan negara lebih makmur. Negara lebih aman, selamat dan rakyatnya lebih sejahtera. Ini akan berlaku hanya kalau tidak wujud lagi budaya Ali Baba, kronisme dan the rent - a - car crowd. Siapa pun menang tidak akan mengubahkan kedudukan kerajaan Negeri Selangor atau kerajaan pusat.

Budaya cannibal

Dalam dunia, ramai orang tidak tahu balas budi. Dalam banyak profesion - politik khususnya - anda mesti bersedia menghadapi risiko budaya dog eats dog - anjing makan anjing. Sama seperti cannibals - manusia yang makan daging manusia; mereka yang mengamal cannibalism. Bagi sebuah negara kecil, kita mempunyai terlalu ramai politikus profesional dan banyak pula parti politik. Majoriti mereka dan parti politik percaya pula kepada pengelaman, “based on experience that they can fool the rakyat most of the time.”  Maksudnya mereka percaya dan yakin berdasarkan pengelaman selalunya rakyat bisa diperdungu atau dikelentongkan.

MH370:  Tukar destinasi KLIA-Beijing dari Timur ke Barat

Banyak berita minggu lepas khususnya peristiwa sedih kehilangan pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing sangat mengharukan. Tangisan keluarga krew dan penumpang memilukan hati. Kita mohon dan berdoa keluarga berkenaan bersabar dan menerima takdir Ilahi. Dengar cerita rekaan dan spekulasi yang objektifnya amat terang- tidak baik- hanya menyakitkan  hati. To be fair to all concerned, it might have been better to have one spokesman to deal with the media and the public  as was the case at the beginning of this tragedy instead of a platoon of spokepersons as is the case now, so stresses Speaking. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, diakui oleh media antarabangsa dan tempatan telah menjalankan tugas sebagai jurucakap dengan baik sehingga dia didwarfkan oleh ramai personaliti lain.  Tidak hairanlah jika timbul confusion sehingga dikatakan tangan kanan tidak tahu apa tangan kiri buat!

Saga MS370 sukar difahami kerana ia ubah destinasi. Kini kita harus memberi perhatian kepada sebelah barat dan utara negara kita

 http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/tan-sri-abdullah-ahmad/laluan-mudah-untuk-kak-wan-ambil-alih-kajang-1.260571
0 Komentar untuk "Laluan mudah untuk Kak Wan ambil alih Kajang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI