http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/tekad-pertahan-kampus-induk-1.186989
ALOR SETAR - Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) melancarkan kempen ‘Selamatkan Insaniah Kuala Ketil’ kerana mahu mempertahan kampus induk itu untuk kemudahan pelajarnya.
Kumpulan pelajar ini yang menggelar diri mereka sebagai mahasiswa prihatin turut mewujudkan laman facebook, dikenali Mahasiswa Prihatin Kekal Kuin Kuala Ketil (3K), untuk menyuarakan pandangan isu-isu berkaitan kolej universiti itu.
Kempen yang diadakan pada Ahad lalu itu mendapat sambutan terutama daripada pelajar Kuliyyah Muamalat, yang diarah berpindah ke kampus Mergong, selepas cuti Aidilfitri ini.
Pelajar tahun kedua Kuliyyah Muamalat, Syahira Shukri berkata, mereka dimaklumkan pihak pentadbiran untuk berpindah ke kampus Mergong kerana ketiadaan asrama yang mencukupi di kampus Kuala Ketil.
“Perpindahan kami dikaitkan dengan ketiadaan asrama kerana asrama yang diduduki sekarang di Bukit Selambau hanya sementara dan tempoh itu hingga hujung bulan ini. Selepas itu, kami tiada asrama tetapi bersedia mencari rumah sewa walaupun mahal,” katanya.
Menurutnya, pelajar tetap mahu meneruskan pengajian di Kuala Ketil yang disifatkan sangat kondusif, selain berharap asrama pasang siap yang dijanjikan sebelum ini dapat disegerakan.
“Jika asrama belum siap, kami sanggup sewa di luar. Saya percaya asrama pasang siap boleh didirikan cepat tetapi kenapa tidak dilakukan. Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Azizan Abdul Razak janji asrama pasang siap akan dibina, apa salahnya teruskan perancangan itu, ketepikan soal politik demi kebajikan pelajar,” katanya.
Syahira berkata, hanya Kuliyyah Muamalat diarah berpindah, manakala kuliyyah lain kekal di Kuala Ketil.
“Kami adalah kumpulan pertama yang berpindah dari Mergong ke Kuala Ketil, sekarang diarah pindah semula?. Alasan yang diberikan tidak logik sebab itu kami protes,” katanya.
Katanya, ada ura-ura mengatakan pemindahan pelajar dari kuliyyah-kuliyyah lain akan dibuat secara berperingkat bermula tahun depan kerana didakwa kampus Kuala Ketil akan dijual kepada institusi pengajian tinggi (IPT) lain.
Syahira berkata, beberapa pelajar turut membuat inisiatif dan berunding dengan kediaman di luar kampus untuk dijadikan asrama pelajar, sekiranya Insaniah gagal menyediakan kemudahan itu.
“Kami mahu kekal di Kuala Ketil, kami sanggup berdepan kepayahan asalkan kampus ini tidak dijual. Kami bersedia cari tempat tinggal sendiri kerana mahu pertahan kampus ini,” katanya.
Menurutnya, pelajar akan mula bercuti Aidilfitri pada 4 Ogos selama seminggu dan diberi cuti tambahan selama seminggu lagi untuk proses perpindahan ke Mergong.
Difahamkan, jumlah pelajar Kuliyyah Muamalat kini mencecah 1,200 orang, di mana 200 daripadanya adalah pelajar baru.

0 Komentar untuk "Mahasiswa KUIN Tekad pertahan kampus induk Kuala Ketil"